Thursday, 6 September 2012

this is UNEXPECTED! :')


Lama gila kot tak update blog..internet ting-tong..tak dapek nak update..hohoho..tetiba rasa nak hapdate sebab ada something jadi yang berjaya membuatkan aku happyyyyy gilaaaaaaaaaaaa..hahahaha..ini over! :p

Seperti yang korang sedia maklum, aku penah hapdate blog cite pasal kegagalan aku dapat conditional offer IUMC kan??Korang baca ke tak ni??Okay, kalau tak sila la cari balik entry tu ye..disebabkan aku ni sangat jarang hapdate blog, so sangatlah senang untuk cari balik entry tu..hihihi..

So, aku pon dah tahap redha je laa kan..tak dapat IUMC pon takpe..masih ada lots of chance..janji result IB lepas..and Alhamdulillah..dapat offer RCSI tapi Bahrain pulak..MARA memang tak hantar g Bahrain sebab dia cakap risky..negara bergolak..and finally dalam beberapa hari lagi je nak mula IB Exam aku dapat result NUIG-UCC-AUCMS punya offer..ni program twinning..2.5 years kat Ireland and 2.5 years in Malaysia..masa tu happy sangat kot sebab finally aku ada placement dah..lega la jugak kan nak menghadapi IB Exam..bila result keluar alhamdulillah..agak baik.. J ..sila rujuk entry IB Survivor ye..hehehe

Dan berbekalkan result IB yang agak baik tu aku diletakkan dalam CONSIDERATION LIST FOR IUMC oleh Dr Saai..masa tu, tipu la kalau aku kata aku biasa je..of course la mengharap untuk dapat IUMC tu tetiba melangit balik..eheh..and finally list name IUMC siap dengan nama uni pon keluar..sedikit kecewa bila list name tu takde pon nama aku..tapi ada 2 orang yg terpilih dari consideration list tu..masa tu macam dah redha je..mungkin IUMC bukan untuk aku..hoho

Lama dah lepas tu tetiba Dr Saai posted dalam yahoo group cakap additional offer for IUMC..dalam hati dah cakap, kalau ada nama aku mesti classmates aku semangat bgtau kan..sebab masa tu internet aku dah mula ting-tong (read: terminated)..tengok-tengok ada dua orang lagi terpilih untuk dapat firm offer dari IUMC..masa tu memang dalam hati cakap, okay Hajar..kau memang confirm twinning okay..agak mustahil la IUMC nak ada additional offers lagi sebab dah 4 orang dapat kan..

Sejak daripada tu hati aku dah takde mengharap untuk IUMC dah..dah bersedia sepenuhnya untuk terima offer AUCMS dengan senang hati..lepas tu banyak pulak orang AUCMS hantar emel, cakap pasal borang-borang, pre-departure sume..

Sampai la ke tanggal 24 Ogos..petang tu aku nak pegi CC nak scan all those required documents cam sijil SPM sume..masa kat dapur dengar phone berbunyi..aku berlari nak pegi angkat tapi tak sempat..tengok-tengok nombor 03-XXXXXXXX ..aku dah pikir, eh sapa ni..MARA ke??ke ASTRO??kan ASTRO selalu randomly telefon orang tanya pasal nak pasang ASTRO ke tak.. =..=

Tak lama lepas tu ada message masuk..dari no 012..aku dah cuak..sapa pulak ni..baca je SMS tu terus rasa nak melompat happy..

“ Hello. This is iumc msia. Pls call as you were nominated for clearing by Dr saai & we have a place for you. Tq, Barbara “

Masa tu tetiba menggeletar nak call IUMC..hahahaha..lepas call Barbara angkat and dia cakap “Ha Fatimah. Dr Saai was panicking as she couldn’t reach you and your friend this morning. Etc “

Pastu dia pon tanya aku dah ada offer ke blom..aku cakap tengah tunggu offer letter..pastu dia macam ingat aku taknak IUMC..cepat-cepat la aku cakap aku prefer IUMC than AUCMS..lol..pastu dia cakap aku dapat Trinity College Dublin..paling lawak bila dia cakap, “You didn’t sound happy. It’s Trinity. You should be happy!” 

Aku happy gila kot actually..Cuma nervous je cakap ngn dia..hahahaha..lama tak speaking weh..berterabur je aritu..malu aku..then, dia cakap dia akan email offer letter by malam tu jugak.. *happy*

Alhamdulillah..rezeki Allah..bila fikir balik, ada bagusnya aku dapat AUCMS..and AUCMS buat hal issue offer letter lewat gile..Dalam keadaan AUCMS bg offer letter lambat, aku dapat IUMC..andai kata aku dapat PMC mesti aku dah forwardkan kat Miss Sheila and nak taknak haruslah aku reject IUMC..ye dak??Perancangan Allah, sungguh cantik! :’)

Dan Alhamdulillah, aku dapat TCD instead of NUIG, UCC or UCD.. kalau aku dapat salah satu ni memang parah laa..NUIG and UCD daftar awal..early September..UCC lewat sama macam TCD..and ketiga-tiga uni ni memerlukan student bayar deposit accommodation as they have to live on campus for first year..aku??aku duduk off-campus..rumah, Alhamdulillah seniors carikan and dorang sangat la baik untuk bayarkan dulu deposit and sewa bulan Sept ..kiranya kitorang sampai sana nanti bayar balik kat dorang..lega rasanya tak payah risau pasal rental.. :’)

Banyaknya laa ibrah dari apa yang terjadi ni..paling utama, the power of du’a..seriously!

Doa la banyak-banyak..insyaAllah, Allah akan makbulkan kalau benda tu baik and sesuai untuk kita..lambat dgn cepat je..macam kes aku, bila aku dah macam get over daripada terlalu mengharap baru Allah bagi..ni tandanya Allah nak uji aku dulu..bila aku dah tak mengharap Allah kurniakan rahmat dia..sweetnyaaa Allah kan?? :’)

Dan setiap hari aku doa permudahkanlah urusan aku..Alhamdulillah..Allah permudahkan dari urusan nak bayar accom, tarikh fly etc..

So, rakan-rakan sekalian..jangan mudah berputus asa dari rahmat Allah okay..Allah sentiasa ada dan dia tau apa yg baik untuk kita..yang penting DOA, DOA, DOA! J