Wednesday 2 November 2011

IB oh IB

Menjelang penghujung Sem 3 IB ni banyak betul laa deadline yang aku kena kejar. Haihh. IB oh IB. Tak sabar rasanya nak habis IB ni. O_o
Dalam minggu ni banyak benda gak a jadi kan. Antaranya ToK presentation. Buat korang yang tak tau, ToK tu stands for Theory of Knowledge. Ala-ala philosophy la. Aku pon tak bape nak paham asal kena belajar ToK ni. I’m not into it. Seriously! Kalau tak disebabkan ToK ni penting untuk IB takde nye aku nak sibuk-sibuk nak belajar. Aku tak minat weh. Haihh. Tapi aku pelik gak. Sem 1 and Sem 2 aku berjaya dapat B untuk ToK. Masa Sem 1 ade Test jawab essay ala ToK. Aku pon pelik macam mana aku boleh dapat B. Hahahah. Yang Sem 2 ade Test simple je. Quite easy la. No wonder boleh dapat B. Tapi ade gak yang dapat D. Maybe dorang tak baca kot before Test tu. Huhu. Alkisah pasal ToK presentation aku tu, group aku <aku, Aida, Suzie> tak lepas and we need to repeat it next year. Aku takde la sedih pon kena repeat. Ntah la. Nak kata aku suka tu tak la kan. Sapa la nak ulang balik proses ToK presentation yang stressful and memenatkan tu. Takde sape nak. Maybe sebab aku tak aim high kot. Kalau aku aim nak lepas with flying colours <ala-ala group Clancy si ToK-minded..hahaha> tu mang kompem la aku akan sedih guling2 nangis kan. Haha. Oh, maybe jugak sebab on the same day aku ade IOC. Mesti ade antara korang yang wonder, menatang ape pulak IOC ni. IOC stands for Individual Oral Commentary. Korang bayangkan la kan. Aku ade ToK presentation <luckily boleh repeat> and IOC on the same day. Tak ke gila. Aku orang paling stress aritu. Otak aku dah macam jammed je. Habis-habis ToK presentation dengan hati yang lara <padahal muka takde perasaan masa tu..hahaha> aku pon cepat-cepat la g Bilik Mawar <interview room> untuk IOC ni ha. Dengan tak ready langsung pergi. Yakin tak boleh bla. Berbekalkan gak kata-kata classmates yang dorang rata-ratanya dapat soalan yang agak senang. Ijam cakap dekat aku dah jangan pikir pasal ToK. Focus IOC. Maybe die ingat aku keciwa dan lara ToK kena repeat kot. Hahaha. No worry la Ijam. Aku takkan sedih tak tentu pasal sebab ToK. No, no, no! Hahaha.
Then, aku pon pegi la Bilik Mawar. Ade Melanie dengan Afif <classmates>. Tengah buat IOC masa tu Hafiz. Kira turn aku lambat je lagi. Semangat kan pegi awal? Actually nak baca sikit-sikit before masuk tu sebab aku focus sangat dekat ToK night before tu >.< . Afif sampai-sampai je aku kat situ tanya lepas tak ToK. Dengan muka sedih aku pon cakap la tak, kena repeat. Mel pon tanya soalan yang sama gak. Tak lama lepas tu Mel masuk. Afif pon masuk and Hafiz keluar. Hafiz dapat Salam Benua. Alahai, kesian kembar aku ni ha. Dapat sajak susah. Soalan pon susah. Tak dapat nak tolong la kembar oii. Aku pon stress masa tu. Die pon tolong-tolong gak aku pasal maksud puisi sume before aku masuk. And sembang-sembang la kejap dengan die. Then, tiba la masa aku untuk memilih soalan. Dalam banyak-banyak sampul tu aku pon pilih la satu. Bukak-bukak tu nervous kot. Takut dapat soalan susah. Alhamdulillah. Tengok soalan die aku dah boleh agak part mana dalam novel Srengenge tu. Lega gak a. Soalan die seperti berikut:
·         Berdasarkan konflik antara Awang Cik The dan Keghesum, apakah yang dapat disimpulkan tentang hubungan mereka sebagai suami isteri.
·         Analisis keberkesanan penggunaan teknik dialog dalam petikan diatas.
·         Nyatakan persoalan-persoalan dalam petikan diatas. <soalan tambahan>
Soalan die agak mudah la tapi aku rasa jawapan aku banyak redundant. Hahaha. Sebab dalam petikan tu cakap benda yang sama je. Hahaha. Habis-habis je aku duk buat muka kompius. Aku rasa mcam tak bapa nak elok je jawapan aku. Tapi Cikgu Najihah cakap, ha, bagus jawapan kamu. Fuuhhh, lega wehh. Hope dapat markah yang tinggi la kan sebab ni carry mark untuk IB exam. insyaAllah. Untuk hari ni, classmates aku tiga orang yang kena. Bukan laa nak menakutkan tapi soalan harini aku tengok the tough one la. Serious. Die tak direct macam soalan-soalan yang kitorang dapat semalam. Tapi Cikgu Najihah cakap kelas kitorang bagus je semua. Semua dpat 26 and above out of 30. Kira okay la kan. Untuk yang kena hari-hari seterusnya, berdoa la banyak-banyak korang dapat soalan yang korang rasa senang. Aku mungkin Allah nak bantu sebab tak ready sangat. Tu dapat soalan yang agak simple.
Okay. IOC dah beres. Skang ade banyak lagi yang aku kena settle kan. EE aku tak sentuh pape lagi. IA Econs ade 3 commentary kena siapkan sebab naik cuti raya haji dah kena submit. WorldLit pon based on takwim kolej kena hantar gak. Naseb la WorldLit first draft quite okay. Alhamdulillah. Eh, ToK essay tak dapat lagi first draft yang submit aritu. Kompem banyak kena buat balik. Silap-silap kena buat satu essay baru. Hahaha. Ye la. Yang submit aritu hentam kromo nye essay. Sebab nak hantar ikut deadline. Essay-janji-hantar je tu. Hahah. Final Exam Sem 3 start 18 haribulan. Lebih kurang dua minggu je lagi. Study tak langsung lagi ni. Uwaaaa. Tak dicampur lagi keja-keja harian macam tutorial, assignments sume. IB, IB. Hahaha. After exam ade BTN. Naik Sem 4 kena repeat ToK presentation. Ade IOC English. Then start IRP untuk IB Exam. Wowww. Tak sangka aku dah nak abes Sem 3. Fasa kritikal budak IB. Eh, naik Sem 4 nanti ade dua interviews. PMC and IUMC. Semoga Allah mempermudahkan perjalanan aku dekat KMB ni. Semoga impian aku nak fly tercapai. insyaAllah. Aminnn.
p/s: Korang, nak mintak jasa baik tolong doakan yang aku tak payah repeat IELTS. Mahal weh IELTS. RM550. IUMC mengada betul tukar system start this year. Wajib dapat each individual band 6.5. Aku punya writing 6.0. Haihhh. Tapi dengarnya Dr Saaidah nak try negotiate dengan Barbara <wakil IUMC> untuk lepaskan je sebab only one component je yang tak lepas. Sebab ramai gila kot tak lepas. Jenuh la nak repeat. So, korang. Mintak doakan ye. Terima kasih. J

Tuesday 25 October 2011

Zulihsan Shaharani dalam kenangan (7 August 1992 - 24 October 2011)

Air mata aku meleleh laju bila mendapat berita pemergian arwah Ihsan. Rasa macam mimpi. Tapi sebagai makhluk Allah kita tau yang mati itu PASTI. Takde siapa yang dapat member jaminan yang die akan hidup lagi esok. Takde siapa. Kita hanya mampu merancang, namun Allah yang menentapkan segalanya.
Ihsan, sahabat yang aku kenal masa dekat Taiping dulu. Kami sekelas, seHomeroom. Dan sebagai pelajar sekolah berasrama, most of the time aku bersama classmates. Selama dua tahun menjadi classmate Ihsan, banyak good qualities yang ada pada die. Die terlalu rajin. Rajin yang teramat sangat. Kalau orang lain belajar hanya untuk exam, die tak. Die study walaupun exam lambat lagi. Sebagai anak sulung aku tau die nak jadi contoh yang baik untuk satu-satunya adik die.
Sedih dan terkilan tu mesti la ada kan. Segalanya tinggal kenangan sekarang. Hanya gambar dan video yang menjadi memori untuk kami semua. Video Memoirs of Maresmart Kelas 511 2008/2009 tu satu-satunya video Ihsan yang aku ade. Yang lain hanya gambar. Dulu ingat lagi. Masa dekat Taiping kami gelak gila2 tengok video tu. Then, ade salah sorang yang cakap, nanti dah tua mesti sedih and menangis tengok video ni. Tapi bagi aku, hanya selepas 2 tahun berlalu, air mata aku tumpah jugak bila tengok balik video tu. Kononnya nak buat reunion lepas 20 tahun. Baru dua tahun ahli kelas 511 dah kurang seorang.
Ihsan,
·         Lepas ni takde sape dah nak sengih dengan aku kat KMB ni
·         Takde sape dah nak cakap Perak dengan aku kat KMB ni
·         Takde sape nak kacau2 dah
·         Sape sangka disebalik sengih2 tu, kau sebenarnya sakit di tahap kritikal yang kau sendiri tak tau
·         Kau orang paling rajin yang aku pernah jumpa seumur hidup aku
·         insyaAllah, aku and K-own selaku ahli kelas 511 akan meneruskan IB ni bagi pihak kau
·         insyaAllah, pemergian kau ni menjadi wake up call untuk kami yang berada di KMB ni untuk sedar yang hidup tu hanya insyaAllah sedangkan mati itu PASTI! Bila-bila masa je Allah boleh tarik nyawa kita. Tak kira muda atau tua. Pemergian kau ni menjadi pengajaran kepada kami dan insyaAllah, semoga Allah mengambilkira ini sebagai amal kau di dunia ini.
·         susah sebenarnya untuk aku terima yang kau dah takde, tapi insyaAllah aku akan berusaha untuk terima hakikat tu. Masa kau dah sampai, takde sapa boleh halang. Aku hanya mampu mendoakan kesejahteraan kau di alam barzakh sana. insyaAllah selagi termampu aku kan selalu kirimkan doa, al-Fatihah dan Yasin untuk kau.
·         Semoga rohmu dicucuri rahmat wahai sahabat. Pemergianmu dirasai. Innalillahiwainnalillahirajiun. May you rest in peace.
Ya Allah, kurniakanlah rahmatmu untuk arwah Muhammad Zulihsan bin Shaharani. Ampunilah segala dosanya. Moga dia ditempatkan dalam golongan yang beriman. Al-Fatihah.
the one with the broad smile..you'll be deeply missed Ihsan! :(

Saturday 1 October 2011

kami dan cikgu! versi STMAA

Hari ni aku nak cite serba sedikit pasal Geng Bising Belakang Kelas 2005 – 2007. Mula-mula ingat nak describe one by one tapi bila pkir balik ramai gile. Kang ade plak yang aku tak sebut dah terasa hati sampai ke sudah. Tak nak la cmtu kan. So, to be fair and square, aku cite la sedikit sebanyak pasal dorang.
Hmm, kalau nak diikutkan geng aku kebanyakannya penghuni asrama. So, aku dan beberapa orang geng aku yg berulang naik bas ni kira outsiders la. Tapi, kes2 kat asrama sume kitorang tau. Hahaha. Minah and Nisah ni plak taiko asrama. Muka wanted, tak kira la dengan warden or AJK asrama. Gara-gara taknak turun prep and riadah. Sanggup tu menyorok bawah katil bersusah payah. Lawak gila la dorang ni. Lagi satu, dua-dua ni homesickers terhebat. Duduk hostel yang sekangkang kera je dari rumah tapi dorang boleh menangis tiap-tiap hari. Aku pon musykil gak apa sebab nya. Hahaha. Ntah la. Kena tanya dorang sendiri kenapa. Hahaha.
Bila pikir balik sumpah lawak woo. Zaman hingusan dekat STMAA. Masuk form 1 muka Selenga je sekor-sekor. Innocent la kononnya. Pakai kasut BATA siap lagi. Rambut tu takde pacak-pacak. Tudung pon senget benget lagi. Sekarang pon. =.= hahaha. Masuk kelas senyap je. Pastu 101 dengan 102 tak boleh nak ngam. Ade je yang tak kena. Aku pon pelik kenapa. Sampai la kelas tu digabungkan. Ha, baru okay.
Tiap kali PJ salin baju dalam kelas. Naik bas pakai baju sekolah. Dalam baju sekolah pkai baju PJ siap2. Mak aihh. Selekeh gila kan? Hahaha. Pakai la baju PJ STMAA yang kaler hijau kuning tu. Seluar pon sama. Kasut BATA. Kah kah kah. Kalau tak BATA, B-First. Dan yang seumpama dengannya la. Senang cite kasut skema. Hahaha.
Time rehat kalau tak g kantin g koop. Kat koop beli roti gardenia yang macam-macam flavour ade coklat, vanilla, jagung tu. Masa tu harga die RM0.50. Sekarang dah naik jadi RM0.70 kot. Tak pon roti ikan bilis, masa tu harga die RM0.70 sekarang dah jadi RM0.90. Twiggies ade, muffin pon. Ha, macam-macam la. Tak pon beli kacang pelbagai jenis. Kacang kari, kacang yang kaler kuning tu, kopok roda, kacang kaler hijau. Macam-macam jenis la. Ha, satu lagi tu kepek ubi yang die potong ala fries tapi keras nak mampus tak macam fries laa. Hahaha. Pedas-pedas sket and banyak serbuk perasa. Hahaha. Ade coklat gak, air kotak, ais krim. Tetiba teringat. Dulu, kitorang selalu makan ais krim ari jumaat. Paling mewah makan Trophy harga RM2.00. Masyuk je bila makan. Sumpah sedap. Yang coklat la. Yang vanilla kureng sket. Hahahaha.
Kalau tak g koop, pegi kantin. Ha, masa ni macam-macam makanan ada. Harga die aku tak sure la. Tak ingat dah.RM0.70 eh?? Lebih kurang camtu a. Kalau nk mewah sket tambah la telur goring ke, hot dog ke. Best.
Ade kelas KHB. Okay, bab masak aku suka gile. Part jahit ke, tukang ke, elektronik sume hancur! Serious. Tak minat kot. Serabut aku. Kelas math, dorang panggil cikgu sedut. Sumpah jahat. Sebab ape sedut? Biarla rahsia. Hahaha. Masa form 2 math cikgu Hajah Fathimah yang ajar. Die ni selalu mengeluarkan kata-kata yang lembut tapi makan dalam. Ironi mungkin. Hahaha. Contoh yang paling aku ingat masa die cakap kat AG, “kawan kat depan, awak tak payah cakap kuat-kuat..” Tone die serious slow je tapi ayat die perghhh, pedih. Hahaha. Masa form 3 cikgu Athirah. Best masa ni. Math masa ni senang gile. Kacang la orang cakap. Sekarang ni?? =.=”
English? Tecer Norizan ajar ms form 1 and form 2. Tecer ni pelik sket. Die bagi kitorang essay which is the jawapan of the essay that’s going to come out during exam. Then, hafal. Exam tulis balik apa yang kau hafal. Cam takde guna je kan? Tak berkesan pon sebenarnya. Hahaha. Die akan randomly suruh kitorang hafal sajak bagai. Life briefs candle, dead crow sume tu dulu kena hafal. Tujuan die? Ntah la.cam takde tujuan je. Hahah. Form 3 diambil alih oleh Tecer Rahina. Tecer ni strict gile. Dulu, English nye marks bukan calang-calang. 90 and above. Ye la, dah hafal mark scheme essay. Hahaha. Masuk form 3, B manjang. Trial PMR je aku berjaya dapat A, tu pon atas pagar. 80 cukup2.
Bahasa melayu? Form 1 cikgu Arbaiyah. Masa ni tak best sangat kelas BM. Masa form 2 cikgu najib yang sempoi. Cikgu paling suka loyar buruk tahap cipan. Soalan die,”berita apa paling panas arini?” kitorang jawab a isu semasa nye berita. Die jawab “ tak..paling pans berita kebakaran”.. okay annoying gile kot rasa. Hahaha. Macam-macam la yang die loyar buruk sampai rasa nak hempuk kepala kat dinding dengar loyar buruk die. Hahaha. Masa form 3, cikgu Kamel. Cikgu paling best penah aku jumpa. Kelakar gile weh. Suka buat statement kontroversi. Die panggil nisah Cik Gel sbb nisah dpat buku latihan yang takde kulit depan. Tak pasal je kan? Hahahaha. Firdaus jadi Sarat. Sebab apa? Sebabnya firdaus buat karangan satu ayat guna tiga ke empat perkataan sarat. Perenpuan yanga sarat mengandung itu sarat dengan barangan membeli belah dan cuba menaiki bas yang sarat dengan penumpang. Lawak gile. Hahaha. Die cakap AG, Nisah, Ada and Dhiya Pontianak mengilai disiang ari. Hahahahha.
Okay.aku menguap gile dah ni. Cikgu2 lain aku story dalam next entry eh. Serious mengantuk..haha..