Saturday 28 January 2012

bila kesabaran teruji

Assalamualaikum. Hey guys! Ade pembaca ke ntah belog aku ni? Hahaha. Okay basically disebabkan aku dah tulis kan dekat entry before ni nak update pasal kisah stress petala ke lapan aku sepanjang dua minggu lepas. So, here it is! J

Okay. Dimulakan dengan berita submissions EE, ToK, IA dan sebagainya. Punya la banyak kan kena submit, kena turnitin. Haihhh. Tambah pulak aku ni the greatest procrastinator. Mampu? Hahahahaha. Maybe some of us, I mean IB students specifically KMB students yang dah siap bapak awal gile kan sume benda ni. Actually, settle awal-awal everything la bagus kan. Takde la kelam kabut cam hape je. Tapi dah ditakdirkan aku ni pemalas dan suka bertangguh ni la akibatnya.

So, ari khamis before cuti CNY tu Mr Afiq, my EE advisor texted me saying that EE full kena hantar esok pagi. I was like omaigad. Banyaknye kena siapkan ni. Okay, kompem la tak tido malam tu kena siapkan EE. No need to merungut la sebab salah sendiri asyik bertangguh. Ha, padan muka. Hahahaha.

Aku pon stay up la, berjaga sampai ke pagi menyiapkan EE. Sampai 6.15 kot. So, bila dah stay up kau akan jadi separuh siuman la. Ala-ala zombie gitu. Petang tu pulak nak balik rumah naik ETS ngan kakak aku. Disebabkan tiket lambat gak la 9.30 pm, so kakak aku ajak pegi ofis die dulu. Aku pon nak ERL dari Putrajaya Sentral turun Bandar Tasik Selatan. And dari situ aku kena amik komuter pegi Serdang. Ni la part yang paling aku geram sekali. Punya la lama aku tunggu, komuter takde-takde gak. Asyik-asyik announcement cakap train mengalami kelewatan dari jadual asal bla bla bla. Masa ni dah laa panas nak mampus, orang ramai pulak. Hati aku ni membara je kan rasa nak tumbuk muka orang je. Serious panas hati time ni. Dalam hati abes kena sumpah seranah laa sume orang masa tu. 

Pastu kakak aku cakap tukar plan sebab dah lewat sangat. So, die yang akan datang TBS tu. Aku pon iyekan and g beli tiket BTS ke KL Sentral. Pastu komuter buat haram lagi sekali. Lambat cam hape je. Masa tu aku dah la menggeletar badan sebab tak tido malam before tu. Train buat hal pulak. Mang cari masalah la kan. Dalam hati dah menyumpah seranah and at the same time cuba sabarkan diri sendiri. Last-last kitorang decide naik ERL. Lepas tu aku terus cakap lam hati, “takkan naik komuter dah la kan lepas ni unless terdesak tahap tak hingat.”

Next, naik ETS patutnya pukul 9.30 sekali delay jadi 10.30. Mak aihh. Masa tu rasa cam nak meletup pon ade. Sabar je laa. Ujian Allah. Takde la besar mana tapi ni pon aku dah macam orang gila tahan marah.

Tambah pulak kes broadband aku. I’m using Celcom Broadband. So, nak dijadikn cite terminate sebab tak bayar lagi. Kakak aku bayarkan dekat satu kedai tu. Dekat area Sungai Siput la. Sekali still tak boleh guna jugak even after 24 hours. Ape cite. My parents pegi kedai tu tapi dah tutup sebab masa tu dalam pukul 6 camtu la. And orang kedai sebelah tu cite pulak yang kedai tu ada masalah sket. Banyak kes-kes pelik yang tak berapa nak sedap dengar la kan. Aku pon lagi laa nak marah.

And next day tu Abah ngan Mak pon g kedai tu. Okay, kedai tu dah bayarkan dah. Aku pon call la Celcom Center suruh dia sambung balik broadband aku. Sekali Pegawai Perunding Pelanggan <something like that> tu mak aihh perangai cam hape je. Buat aku emo nak marah je. Die pon emo sekali. Last-last dua-dua emo then aku suh kakak aku yang call kan mintak sambung.

Basically, conclusion die kat sini ialah, aku bukan la seorang yang penyabar. Aku cepat naik hangin. Maybe sebab genetic abah kot. Hehehehe. Tapi serious, jangan cabar kesabaran aku kalau taknak kena sembur. Kalau tak sembur direct pon kau memang kena sumpah seranah berbakul-bakul dalam hati aku. Seriously. And aku tau yang sikap aku ni tak bagus. And aku sendiri pon dalam usaha nak kawal keemoan dan kekurangsabaran aku ni dengan sebaiknya. insyaAllah. Doakan aku mampu menjadi insan yang lebih baik, yang lebih sabar dan mampu mengawal perasaan. insyaAllah.

p/s: Adik aku dapat MRSM Tun Ghafar Baba (TGB) Jasin. Aku dalam proses menyiapkan EE and ToK. Lepas ni hidup aku akan lebih aman. Results IUMC dengarnya bakal keluar next week. Doakan aku rakan-rakan. J