Air mata aku meleleh laju bila mendapat berita pemergian arwah Ihsan. Rasa macam mimpi. Tapi sebagai makhluk Allah kita tau yang mati itu PASTI. Takde siapa yang dapat member jaminan yang die akan hidup lagi esok. Takde siapa. Kita hanya mampu merancang, namun Allah yang menentapkan segalanya.
Ihsan, sahabat yang aku kenal masa dekat Taiping dulu. Kami sekelas, seHomeroom. Dan sebagai pelajar sekolah berasrama, most of the time aku bersama classmates. Selama dua tahun menjadi classmate Ihsan, banyak good qualities yang ada pada die. Die terlalu rajin. Rajin yang teramat sangat. Kalau orang lain belajar hanya untuk exam, die tak. Die study walaupun exam lambat lagi. Sebagai anak sulung aku tau die nak jadi contoh yang baik untuk satu-satunya adik die.
Sedih dan terkilan tu mesti la ada kan. Segalanya tinggal kenangan sekarang. Hanya gambar dan video yang menjadi memori untuk kami semua. Video Memoirs of Maresmart Kelas 511 2008/2009 tu satu-satunya video Ihsan yang aku ade. Yang lain hanya gambar. Dulu ingat lagi. Masa dekat Taiping kami gelak gila2 tengok video tu. Then, ade salah sorang yang cakap, nanti dah tua mesti sedih and menangis tengok video ni. Tapi bagi aku, hanya selepas 2 tahun berlalu, air mata aku tumpah jugak bila tengok balik video tu. Kononnya nak buat reunion lepas 20 tahun. Baru dua tahun ahli kelas 511 dah kurang seorang.
Ihsan,
· Lepas ni takde sape dah nak sengih dengan aku kat KMB ni
· Takde sape dah nak cakap Perak dengan aku kat KMB ni
· Takde sape nak kacau2 dah
· Sape sangka disebalik sengih2 tu, kau sebenarnya sakit di tahap kritikal yang kau sendiri tak tau
· Kau orang paling rajin yang aku pernah jumpa seumur hidup aku
· insyaAllah, aku and K-own selaku ahli kelas 511 akan meneruskan IB ni bagi pihak kau
· insyaAllah, pemergian kau ni menjadi wake up call untuk kami yang berada di KMB ni untuk sedar yang hidup tu hanya insyaAllah sedangkan mati itu PASTI! Bila-bila masa je Allah boleh tarik nyawa kita. Tak kira muda atau tua. Pemergian kau ni menjadi pengajaran kepada kami dan insyaAllah, semoga Allah mengambilkira ini sebagai amal kau di dunia ini.
· susah sebenarnya untuk aku terima yang kau dah takde, tapi insyaAllah aku akan berusaha untuk terima hakikat tu. Masa kau dah sampai, takde sapa boleh halang. Aku hanya mampu mendoakan kesejahteraan kau di alam barzakh sana. insyaAllah selagi termampu aku kan selalu kirimkan doa, al-Fatihah dan Yasin untuk kau.
· Semoga rohmu dicucuri rahmat wahai sahabat. Pemergianmu dirasai. Innalillahiwainnalillahirajiun. May you rest in peace.
Ya Allah, kurniakanlah rahmatmu untuk arwah Muhammad Zulihsan bin Shaharani. Ampunilah segala dosanya. Moga dia ditempatkan dalam golongan yang beriman. Al-Fatihah.
the one with the broad smile..you'll be deeply missed Ihsan! :( |
2 comments:
sebak gak la bace post ko yg ni...rindu dia sgt2 n ak still mcm xbole trima kenyataan lg...[:(] dia la owng first introduce lagu metal, magic n erti study kt ak...ktowng ada wat deal dulu tp nk wt cmner...rase insaf dh skarang...may he rest in peace ak akan kirim doa, fatihah n yasin kt dia slagi trmampu...thanx timah remind ak,
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://html.expresso.me/smileys
tau takpe..kekadang teringat kat dia..sedih wehh..rasa tak caya tu still ade.lalu depan kelas E10A kompem teringat kat die..ha'ah kan..dulu die suka duk main kad terup tu buat magic..laaa..sedihhnyaaaa.. :'(
Post a Comment