Saturday 21 February 2015

Dermatalogy Dept, I'm in love.

Asalamualaikum. 

Kemainnya tajuk kan. Haha. Jumaat lepas berakhir la rotation derm aku. So, apa perasaan dua minggu rotation derm? Alhamdulillah. To be honest, aku tak minat derm sangat dan tak pernah terfikir nak jadi specialist in dermatology. Tapi bersyukur la derm dept ni best sangat. Sebelum ni aku suka je under Mr Osama masa kat Naas and under Dr Ryan masa kat ICU, tapi kali ni dia lain sebab bukan setakat consultant je yang care pasal aku tapi dengan nurses dia sekali kenal and ingat nama aku. Memang layak la nak terharu kan. 

Head of dept dia Prof Barnes. Omg. She's a scary woman. I bet ramai yang assume lelaki kan bila dengar nama dia. Haha. No she's a woman and she's got those scary aura. Feedback dari kawan-kawan and kakak-kakak senior cakap she's scary so don't bother coming to her clinic. So aku dengan selamba badak nya skipped all her clinics and her phototherapy session in the first week of rotations. Sebabnya aku dah aim nak attached dalam team Dr Ormond or Dr Barry sebab kawan aku cakap dorang baik. So happy je la masa first week tu. I did go to Prof Irvine punya clinic on Monday. And that afternoon supposedly ada Prof Barnes punya clinic but hey I don't want to spend the whole day in Suite 5 OPD okay. Lol. So aku balik rumah. Then, the next day pagi tu ada Mohs Micrographic Surgery dengan Dr Ormond and another Prof Barnes clinic that afternoon. But aku ponteng gak balik rumah. Haha. Rabu ada IPL session pagi and sebab aku malas nak tunggu lama gila baru clinic Dr Ormond/Dr Barry start aku ponteng je. So, Jumaat aku pegi Dr Ormond/Dr Barry punya clinic petang tu. Pagi patutnya ada Phototherapy dengan Prof Barnes. Hahaha. Nampak tak bape banyak sessions dengan dia aku ponteng. Clinic petang tu aku ikut Dr Ormond. He's a funny guy. Like seriously lawak gila weh. Macam-macam statement dia yang kelakar semua nya. 

And hari tu la pon perut aku buat hal. Aku dah makan lunch kenyang-kenyang sebab taknak perut berdondang sayang dalam klinik tapi kita hanya mampu merancang Tuhan jugalah yang menentukan. Gituh ayat. My stomach betrayed me!! Aku rasa maybe ada benda yang aku makan tu berangin kot so perut aku berbunyi walaupon kenyang. Stress gila. Berbunyi masa Dr Ormond tengah treat patient pulak tu. Haihh. So in between patients masa tengah selak-selak charts dia makan M&M and he offered some and aku cakap that's okay. Sebab aku tak lapar pon masalahnya. After tu dia offer Minster pulak aku tolak lagi. And he was like "Your stomach is talking to you. It should be fed." OMG. Malu nak matikk. Dr Barry pon asyik mengunyah gak. Pastu dia rasa bersalah then cakap,"I'm sorry I keep on eating." Lol. After that, kantoi lagi dengan Dr Ormond and he said,"I caught you eating again!" Hahahaha. I just love their relationship. Teasing each other. Lawak. 

Isnin second week tu aku ponteng klinik Prof Irvine and memang takde niat nak pegi Prof Barnes punya clinic pon. Petang tu aku pegi Phlebotomy punya clinical skill session. Okay ni part lawak. Selasa tu as usual ada Dr Ormond punya Mohs surgery. Then by 12 gitu dia tanya aku,"Are you going to Prof Barnes' clinic this afternoon?" Aku dengan lurusnya jawab maybe no. "I think you should go. She's looking for you." Masa tu rasa heart attack jap. Gilakk la dia tau kewujudan aku. Stress. Memang kena bebel-bebel la petang tu. Pastu paksa aku pegi Journal Club meeting kat St Vincent's Hospital. My god. Memang tak la. Hospital tu pon aku tak tau kat mana. And sorang-sorang medik student dalam meeting yang at least pangkat Reg je join memang layak kena gelak. Hahah. Aku rebel. Tak pegi. Rabu tu aku pegi clinic je. Dr Ormond suruh aku join Dr Wynne punya clinic. Terasa direject di situ. Kakaka. And ada patient muda-kacak-six pack-sado gitu. Masalah acne. I guess he's more concerned about it because he's handsome. Jatuh saham noks. Lol.  Ingatkan nak join Dr Barry punya clinic rupanya dia takde. Kecewa. 

So last day. Jumaat. Someone has to sign off my logbook. Aku pegi clinic. Sunyi sepi. Dalam hati dah terdetik,"This doesn't look good." Clinic takde ke arini. Oh no. Sapa nak sign logbook? Tanya receptionist memang takde pon. Matikk. Rushing pegi Hospital 5 mengharapkan ada consultant yang available yang boleh sign off logbook. Sunyi sepi gak. Jumpa nurse and tanya dia and she said "there's no consultants here today but I think you can ask Avin (ejaan bukan camni..dalam gaelic tak reti nak eja..lol) to sign that. Cari punya cari tak jumpa Avin. So decide nak mintak sign Khamis depan masa ada lecture kat James's sebab next rotation Opthal kat Royal Victoria. 

Alkisahnya semalam masa lunch break aku pegi la Hospital 5. Sunyi sepi gak. Pastu duk terjenguk-jenguk then someone tegur dari belakang,"Are you okay?" Dia suruh pegi tanya secretary. Tanya la Dr Ormond ada tak arini. Jawapan dia takde. Dalam hati dah sedih. Macam mane ni. Then dia ckp can any consultant sign your logbook? And I said yes. So dia bawak pegi pantry and yeah ada Dr Barry dengan nurses favourite aku. Secretary cakap,"Dr Barry, can you sign this medical student's logbook?" And he was like,"Yeah sure. Come. I know her eventhough she never join my clinic. Hahaha." And nurses tu tegur aku and siap back up lagi. "Hi Fatimah. Don't worry. We can be your witnesses. You were here for the past two weeks." Awww. Terharu sangat weh. Baik gila dorang ni. Dr Barry siap wink sambil hulur logbook. Lepas tu terus macam fangirling dia. Hahaha. I should request to take a selfie with them kan. Rugi pulak rasa. Ntah bila baru jumpa dorang. And mungkin takkan jumpa dah. Sedih pulak. Sobs. 

But seriously. A very good memory indeed. Definitely gonna miss them real soon. Tambah bila dapat team tak best. Confirm rindu everyone in derm dept. Except Prof Barnes. Kikiki. 

Okay. Gotta go. Ada masa aku update lagi.