Saturday 1 October 2011

kami dan cikgu! versi STMAA

Hari ni aku nak cite serba sedikit pasal Geng Bising Belakang Kelas 2005 – 2007. Mula-mula ingat nak describe one by one tapi bila pkir balik ramai gile. Kang ade plak yang aku tak sebut dah terasa hati sampai ke sudah. Tak nak la cmtu kan. So, to be fair and square, aku cite la sedikit sebanyak pasal dorang.
Hmm, kalau nak diikutkan geng aku kebanyakannya penghuni asrama. So, aku dan beberapa orang geng aku yg berulang naik bas ni kira outsiders la. Tapi, kes2 kat asrama sume kitorang tau. Hahaha. Minah and Nisah ni plak taiko asrama. Muka wanted, tak kira la dengan warden or AJK asrama. Gara-gara taknak turun prep and riadah. Sanggup tu menyorok bawah katil bersusah payah. Lawak gila la dorang ni. Lagi satu, dua-dua ni homesickers terhebat. Duduk hostel yang sekangkang kera je dari rumah tapi dorang boleh menangis tiap-tiap hari. Aku pon musykil gak apa sebab nya. Hahaha. Ntah la. Kena tanya dorang sendiri kenapa. Hahaha.
Bila pikir balik sumpah lawak woo. Zaman hingusan dekat STMAA. Masuk form 1 muka Selenga je sekor-sekor. Innocent la kononnya. Pakai kasut BATA siap lagi. Rambut tu takde pacak-pacak. Tudung pon senget benget lagi. Sekarang pon. =.= hahaha. Masuk kelas senyap je. Pastu 101 dengan 102 tak boleh nak ngam. Ade je yang tak kena. Aku pon pelik kenapa. Sampai la kelas tu digabungkan. Ha, baru okay.
Tiap kali PJ salin baju dalam kelas. Naik bas pakai baju sekolah. Dalam baju sekolah pkai baju PJ siap2. Mak aihh. Selekeh gila kan? Hahaha. Pakai la baju PJ STMAA yang kaler hijau kuning tu. Seluar pon sama. Kasut BATA. Kah kah kah. Kalau tak BATA, B-First. Dan yang seumpama dengannya la. Senang cite kasut skema. Hahaha.
Time rehat kalau tak g kantin g koop. Kat koop beli roti gardenia yang macam-macam flavour ade coklat, vanilla, jagung tu. Masa tu harga die RM0.50. Sekarang dah naik jadi RM0.70 kot. Tak pon roti ikan bilis, masa tu harga die RM0.70 sekarang dah jadi RM0.90. Twiggies ade, muffin pon. Ha, macam-macam la. Tak pon beli kacang pelbagai jenis. Kacang kari, kacang yang kaler kuning tu, kopok roda, kacang kaler hijau. Macam-macam jenis la. Ha, satu lagi tu kepek ubi yang die potong ala fries tapi keras nak mampus tak macam fries laa. Hahaha. Pedas-pedas sket and banyak serbuk perasa. Hahaha. Ade coklat gak, air kotak, ais krim. Tetiba teringat. Dulu, kitorang selalu makan ais krim ari jumaat. Paling mewah makan Trophy harga RM2.00. Masyuk je bila makan. Sumpah sedap. Yang coklat la. Yang vanilla kureng sket. Hahahaha.
Kalau tak g koop, pegi kantin. Ha, masa ni macam-macam makanan ada. Harga die aku tak sure la. Tak ingat dah.RM0.70 eh?? Lebih kurang camtu a. Kalau nk mewah sket tambah la telur goring ke, hot dog ke. Best.
Ade kelas KHB. Okay, bab masak aku suka gile. Part jahit ke, tukang ke, elektronik sume hancur! Serious. Tak minat kot. Serabut aku. Kelas math, dorang panggil cikgu sedut. Sumpah jahat. Sebab ape sedut? Biarla rahsia. Hahaha. Masa form 2 math cikgu Hajah Fathimah yang ajar. Die ni selalu mengeluarkan kata-kata yang lembut tapi makan dalam. Ironi mungkin. Hahaha. Contoh yang paling aku ingat masa die cakap kat AG, “kawan kat depan, awak tak payah cakap kuat-kuat..” Tone die serious slow je tapi ayat die perghhh, pedih. Hahaha. Masa form 3 cikgu Athirah. Best masa ni. Math masa ni senang gile. Kacang la orang cakap. Sekarang ni?? =.=”
English? Tecer Norizan ajar ms form 1 and form 2. Tecer ni pelik sket. Die bagi kitorang essay which is the jawapan of the essay that’s going to come out during exam. Then, hafal. Exam tulis balik apa yang kau hafal. Cam takde guna je kan? Tak berkesan pon sebenarnya. Hahaha. Die akan randomly suruh kitorang hafal sajak bagai. Life briefs candle, dead crow sume tu dulu kena hafal. Tujuan die? Ntah la.cam takde tujuan je. Hahah. Form 3 diambil alih oleh Tecer Rahina. Tecer ni strict gile. Dulu, English nye marks bukan calang-calang. 90 and above. Ye la, dah hafal mark scheme essay. Hahaha. Masuk form 3, B manjang. Trial PMR je aku berjaya dapat A, tu pon atas pagar. 80 cukup2.
Bahasa melayu? Form 1 cikgu Arbaiyah. Masa ni tak best sangat kelas BM. Masa form 2 cikgu najib yang sempoi. Cikgu paling suka loyar buruk tahap cipan. Soalan die,”berita apa paling panas arini?” kitorang jawab a isu semasa nye berita. Die jawab “ tak..paling pans berita kebakaran”.. okay annoying gile kot rasa. Hahaha. Macam-macam la yang die loyar buruk sampai rasa nak hempuk kepala kat dinding dengar loyar buruk die. Hahaha. Masa form 3, cikgu Kamel. Cikgu paling best penah aku jumpa. Kelakar gile weh. Suka buat statement kontroversi. Die panggil nisah Cik Gel sbb nisah dpat buku latihan yang takde kulit depan. Tak pasal je kan? Hahahaha. Firdaus jadi Sarat. Sebab apa? Sebabnya firdaus buat karangan satu ayat guna tiga ke empat perkataan sarat. Perenpuan yanga sarat mengandung itu sarat dengan barangan membeli belah dan cuba menaiki bas yang sarat dengan penumpang. Lawak gile. Hahaha. Die cakap AG, Nisah, Ada and Dhiya Pontianak mengilai disiang ari. Hahahahha.
Okay.aku menguap gile dah ni. Cikgu2 lain aku story dalam next entry eh. Serious mengantuk..haha..

4 comments:

eykin candy..~! said...

hahhaa..like lah!

Cik Sopi said...

ala buruk la page ni... nape tukor?? pahtu letak la shoutbox atau cbox... bleh la singgah smbil ngutuk2..... kehkeh..

Anonymous said...

Terima kasih untuk blog yang menarik

contengan_jalanan (",) said...

Anonymous..thanks.. :))