Monday 25 October 2021

I'M BACK!

Hellooooo.

Seriously blog ni dah kena abandon ye. Bape tahun dah aku biarkan dia hahaha. 

Like aku dah graduated. Dah habis housemanship dah pun. So longggg.

Zaman sekarang bukan zaman blogging pun. Zaman social media, semua pun jadi influencer. 


Ntah la tak tau nak entry apa kat blog.


Mungkin aku patut share experience masa housemanship? Or cerita zaman sekarang, kerja as a frontliner in district-with-specialist hospital? Or cerita pasal how COVID affect your working life?


I”ll do some thinking and will be back again untuk buat entry (God knows when).


Til then,

Adios

Saturday 21 February 2015

Dermatalogy Dept, I'm in love.

Asalamualaikum. 

Kemainnya tajuk kan. Haha. Jumaat lepas berakhir la rotation derm aku. So, apa perasaan dua minggu rotation derm? Alhamdulillah. To be honest, aku tak minat derm sangat dan tak pernah terfikir nak jadi specialist in dermatology. Tapi bersyukur la derm dept ni best sangat. Sebelum ni aku suka je under Mr Osama masa kat Naas and under Dr Ryan masa kat ICU, tapi kali ni dia lain sebab bukan setakat consultant je yang care pasal aku tapi dengan nurses dia sekali kenal and ingat nama aku. Memang layak la nak terharu kan. 

Head of dept dia Prof Barnes. Omg. She's a scary woman. I bet ramai yang assume lelaki kan bila dengar nama dia. Haha. No she's a woman and she's got those scary aura. Feedback dari kawan-kawan and kakak-kakak senior cakap she's scary so don't bother coming to her clinic. So aku dengan selamba badak nya skipped all her clinics and her phototherapy session in the first week of rotations. Sebabnya aku dah aim nak attached dalam team Dr Ormond or Dr Barry sebab kawan aku cakap dorang baik. So happy je la masa first week tu. I did go to Prof Irvine punya clinic on Monday. And that afternoon supposedly ada Prof Barnes punya clinic but hey I don't want to spend the whole day in Suite 5 OPD okay. Lol. So aku balik rumah. Then, the next day pagi tu ada Mohs Micrographic Surgery dengan Dr Ormond and another Prof Barnes clinic that afternoon. But aku ponteng gak balik rumah. Haha. Rabu ada IPL session pagi and sebab aku malas nak tunggu lama gila baru clinic Dr Ormond/Dr Barry start aku ponteng je. So, Jumaat aku pegi Dr Ormond/Dr Barry punya clinic petang tu. Pagi patutnya ada Phototherapy dengan Prof Barnes. Hahaha. Nampak tak bape banyak sessions dengan dia aku ponteng. Clinic petang tu aku ikut Dr Ormond. He's a funny guy. Like seriously lawak gila weh. Macam-macam statement dia yang kelakar semua nya. 

And hari tu la pon perut aku buat hal. Aku dah makan lunch kenyang-kenyang sebab taknak perut berdondang sayang dalam klinik tapi kita hanya mampu merancang Tuhan jugalah yang menentukan. Gituh ayat. My stomach betrayed me!! Aku rasa maybe ada benda yang aku makan tu berangin kot so perut aku berbunyi walaupon kenyang. Stress gila. Berbunyi masa Dr Ormond tengah treat patient pulak tu. Haihh. So in between patients masa tengah selak-selak charts dia makan M&M and he offered some and aku cakap that's okay. Sebab aku tak lapar pon masalahnya. After tu dia offer Minster pulak aku tolak lagi. And he was like "Your stomach is talking to you. It should be fed." OMG. Malu nak matikk. Dr Barry pon asyik mengunyah gak. Pastu dia rasa bersalah then cakap,"I'm sorry I keep on eating." Lol. After that, kantoi lagi dengan Dr Ormond and he said,"I caught you eating again!" Hahahaha. I just love their relationship. Teasing each other. Lawak. 

Isnin second week tu aku ponteng klinik Prof Irvine and memang takde niat nak pegi Prof Barnes punya clinic pon. Petang tu aku pegi Phlebotomy punya clinical skill session. Okay ni part lawak. Selasa tu as usual ada Dr Ormond punya Mohs surgery. Then by 12 gitu dia tanya aku,"Are you going to Prof Barnes' clinic this afternoon?" Aku dengan lurusnya jawab maybe no. "I think you should go. She's looking for you." Masa tu rasa heart attack jap. Gilakk la dia tau kewujudan aku. Stress. Memang kena bebel-bebel la petang tu. Pastu paksa aku pegi Journal Club meeting kat St Vincent's Hospital. My god. Memang tak la. Hospital tu pon aku tak tau kat mana. And sorang-sorang medik student dalam meeting yang at least pangkat Reg je join memang layak kena gelak. Hahah. Aku rebel. Tak pegi. Rabu tu aku pegi clinic je. Dr Ormond suruh aku join Dr Wynne punya clinic. Terasa direject di situ. Kakaka. And ada patient muda-kacak-six pack-sado gitu. Masalah acne. I guess he's more concerned about it because he's handsome. Jatuh saham noks. Lol.  Ingatkan nak join Dr Barry punya clinic rupanya dia takde. Kecewa. 

So last day. Jumaat. Someone has to sign off my logbook. Aku pegi clinic. Sunyi sepi. Dalam hati dah terdetik,"This doesn't look good." Clinic takde ke arini. Oh no. Sapa nak sign logbook? Tanya receptionist memang takde pon. Matikk. Rushing pegi Hospital 5 mengharapkan ada consultant yang available yang boleh sign off logbook. Sunyi sepi gak. Jumpa nurse and tanya dia and she said "there's no consultants here today but I think you can ask Avin (ejaan bukan camni..dalam gaelic tak reti nak eja..lol) to sign that. Cari punya cari tak jumpa Avin. So decide nak mintak sign Khamis depan masa ada lecture kat James's sebab next rotation Opthal kat Royal Victoria. 

Alkisahnya semalam masa lunch break aku pegi la Hospital 5. Sunyi sepi gak. Pastu duk terjenguk-jenguk then someone tegur dari belakang,"Are you okay?" Dia suruh pegi tanya secretary. Tanya la Dr Ormond ada tak arini. Jawapan dia takde. Dalam hati dah sedih. Macam mane ni. Then dia ckp can any consultant sign your logbook? And I said yes. So dia bawak pegi pantry and yeah ada Dr Barry dengan nurses favourite aku. Secretary cakap,"Dr Barry, can you sign this medical student's logbook?" And he was like,"Yeah sure. Come. I know her eventhough she never join my clinic. Hahaha." And nurses tu tegur aku and siap back up lagi. "Hi Fatimah. Don't worry. We can be your witnesses. You were here for the past two weeks." Awww. Terharu sangat weh. Baik gila dorang ni. Dr Barry siap wink sambil hulur logbook. Lepas tu terus macam fangirling dia. Hahaha. I should request to take a selfie with them kan. Rugi pulak rasa. Ntah bila baru jumpa dorang. And mungkin takkan jumpa dah. Sedih pulak. Sobs. 

But seriously. A very good memory indeed. Definitely gonna miss them real soon. Tambah bila dapat team tak best. Confirm rindu everyone in derm dept. Except Prof Barnes. Kikiki. 

Okay. Gotta go. Ada masa aku update lagi. 

Wednesday 22 May 2013

Entry khas untuk yang bakal ke KMB dan TCD :)



Assalamualaikum..pehhh..lama gilosss tak update blog..last entry bila ntah? January? Ambik hang..punya laa lama..busy wehhh..medik susah woooo..so, kepada yang nak amik medic tuu..embrace yourself..gitoohhh..hahaha..busy ke? Lol..malas yang lebihnya..cumanya tetiba teringat nak update..sebab aku dah lama habes exam..3rd May aritu dah merdeka dah..cumanya kena tunggu results dulu..so, stranded laa dekat Dublin ni lebih kurang 3 minggu..stranded gitu..over je..hahaha..I’m coming back to Malaysia on this upcoming 25th..wuuuuuu..tak sabaq habaq hang..tanya laa mana-mana budak oversea pon..memang part balik cuti semua pon tak sabar..hahahaha..

So, basically apa je aku nak cite dalam entry ni?? Oh yaaa..ada dua benda yang aku boleh share..buat pedoman adik-adik di luar sana..ayat takleh bla kan..hahaha..sebabnya aku dapat tau result interview MARA dah keluar..tu yang tetiba entry aku pasal IB tetiba banyak views..kompem bebudak yang dapat IB ni duk google kannn?? Aku dulu pon camtu..hahaha..biasa laa..excited kan?? Paham je perasaan tu..excited dapat offer MARA..nanti dapat fly..hikhikhik (I know how it feels bro/sis) 

And satu lagi..jejuniors KMB baru lepas habes IB exams kan..tahniah ahh korang..berjaya mengharungi IB dengan jayanya..*clap clap*..finallyyyyy..I exactly know how it feels..hopefully korang boleh jawab laa semua soalan tu..insyaaAllah..kalau ada yang rasa tak boleh jawab ke apa ke..doa banyak-banyak tau..dulu pon aku rasa benda yang sama..memang perit ahh bila perasaan takleh jawab tu menghantui..bayangkan..bila jumpa perkataan dynamics masa tengah baca paper ke tengok TV ke terus teringat Chem HL punya soalan..stress habes laa..tambah-tambah bila dah makin dekat nak keluar results..lagi laa neves tahap petala ke lapan kottt..paling penting doa and tawakal..korang dah usaha kan..insyaaAllah Allah akan tolong je..yakinn!

Jadinya kat sini, aku nak bagi tips/nasihat ataupon cerita pengalaman sendiri laa..and benda alah ni aku rasa insyaaAllah berguna untuk korang..maksud aku untuk yang nak masuk KMB or ambik IB and untuk junior yang insyaaAllah bakal fly September nanti..

Kita mulakan dengan yang bakal masuk KMB dulu laa eh? Lepas tu sambung serba sedikit pasal Trinity College Dublin (TCD), Ireland. 

Okay, adik-adik tahun 1995 sekalian..korang tau tak IB tu apa? Ke bila dapat offer MARA baru sebok-sebok google pasal IB? Hahahaha..basically, IB ni stands for International Baccalaureate..dulu akak masuk KMB dengan zero knowledge..just tau yang IB tu International Baccalaureate..bersama impian nak sambung dekat University of Aberdeen, Scotland..gitoohh..impian tersemat didada..ni gara-gara novel Hlovate..hahahaha..last-last tak layak pon nak dapat placement UK..akhirnya Allah campakkan hambanya ini di Dublin, Ireland..masuk KMB baru tau kena amik 6 subjects..ambik hang..banyak giloss..lepas tu ada CAS..ada Extended Essay..ada Theory of Knowlegde..so meh sini akak nak explain sikit kat adek-adek sekalian pasal benda-benda yang disebutkan diatas ni..

Okay, yang 6 subjects tu : Malay A1 SL, English B HL, Maths SL, Biology HL, Chemistry HL, English HL, Economics SL..makanya apakah itu A1, B, HL dan SL? Hahaha..A1 tu untuk first language or mother tougue..ada je laa yang ambik English A1..my batch ada sorang sebab dia dulu belajar International School..so, kalau ada yang nak ambik English A1 korang kena jumpa admin bagai laa kot..sebabnya secara general semua orang ambik Malay A1..and A1 ni bermakna korang kena belajar sastera (literature)..B pulak untuk second language..so basically English laa kan? Batch kitorang yang amik English A1 tu amik French B..gitooohhh..HL pulak stands for Higher Level..SL for Standard Level..so, obviously HL lagi susah dari SL laa..hahahaha..untuk budak yang ambik Engineering dorang tak ambik Biology tapi digantikan dengan Physics..and masa batch kitorang dorang amik HL untuk Maths, Physics and Chemistry..yang Economics tu korang boleh pilih..either Economics or Business or ITGS..so depends laa dekat minat korang..bagi laa lost sangat, disarankan ambik Econs..paham konsep..hafal..insyaaAllah berjaya..hahaha..boleh jugak ambik Business..tp kalau yang nak ambik ITGS make sure minat IT laa..

Next, masuk sikit pasal CAS..stands for Creativity.Action.Service..ni ala-ala kokurikulum laa..IBO nak 150 hours of CAS activity..tapi KMB dia up kan sikit jadi 180 jam..sebab risau some of your CAS hours tak diiktiraf ke at least ada back up..I know it sounds gilosss kau 180 jam..tapi nanti akan cukup je..jangan risau..untuk claim CAS ni korang kena isi reflection forms and korang punya advisor akan baca and komen kalau rajin..and paling penting dia akan sign laa..nanti korang akan join JPAM or PBSM (masa zaman kitorang laa)..and korang boleh pilih any sports clubs..I chose softball back then..and any other clubs..I joined Bio-D..tanam nenas..yayyyyy..hahahaha..

Then, Extended Essay..apakah ini? Hahaha..ni macam mini thesis laa..korang pilih satu subjek dari subjek yang korang ambik..I did EE in Chemistry..korang disarankan pikir awal-awal laa nak buat subjek apa and rough ideas on it..so that tak gelabah ayam macam senior korang ni..hahaha..zombie wehh nak siapkan EE ni..hahaha..and dia tak panjang mana pon..dalam 4000 words je..jeee..hahahaha..

Last sekali Theory of Knowledge (TOK)..ha, sapa je laa minat benda alah ni..semua orang pon tak suka..hahaha..dia philosophy camtu..aaa..meluat gila..korang nanti kena buat essay based on tajuk yang dia bagi..tak silap ada 10 tajuk..korang pilih satu and buat essay..lepas tu ada TOK presentation..yang buat semua orang stress rasa nak nangis..hahaha..I got C for TOK..so, obviously not my cup of tea..poyossss..hahaha..

So, tu laa serba sedikit pasal IB untuk adik-adik tahun 1995..hahaha..apa-apa nak tanya boleh laa roger-roger..akakmu ini sedia membantu.. ;)

Okay, now nak cerita pasal TCD pulak..sebelum tu nak tanya..sapa dapat offer IUMC?? *tahniah tahniah*..sapa yang tak dapat any offers lagi tu jangan risau..rezekimu bakal tiba..yakin dengan perancangan dia eh? So, yang dapat IUMC punya offer korang akan ditempatkan sama ada di TCD, UCD, NUIG or UCC..orang cakap dia letakkan kita dekat sesebuah uni ni based on character kita..aku tak tau laa reliable ke tak maklumat ni..so, kalau korang dapat TCD nanti tahniahhhhhhhhh.. *clap clap*

Ada apa dengan TCD?

TCD ni the best university in Ireland..so, silalah berbangga dapat belajar kat top uni Ireland..gitooohhh..jangan riak ye adik-adik..hahaha..orang cakap TCD ni ibarat OxBridge UK laa..Irish dorang sangat nak masuk TCD..serious..prestij laa kononnya..hmm..TCD takde program twinning..so, memang sikit laa Malaysians kat sini..luckily, batch kitorang ramai sket laa Malaysians compared to batch seniors..kitorang dalam 15 orang..batch seniors dalam 10 camtu je..first year sampai final year ada 49 orang je..sikit tak? Hahaha..

TCD ni dekat gila laa dengan city..tengah-tengah bandar laa kiranya..tp seriously TCD lawa giloss..bangunan lama..and setiap hari akan ada tourists datang TCD..tangkap gambar dengan bangunan..and dorang nak masuk Book of Kells..Book of Kells ni old library..macam dalam Harry Potter gitooohh..lawa laa..tapi sayangnya takleh guna pon library ni..just untuk tengok-tengok je..sebagai student TCD korang ada privilege laa..dapat masuk Book of Kells free and bawak 3 friends with you..just tunjuk ID je..last time masa kawan aku datang dari Russia campur budak RCSI and UCD..dalam 8 orang kot..dapat masuk free lapan-lapan orang..sbb nak tutup dah library tu..ada 25 minit je nak masuk..rezeki orang jauh dari Russia..hahaha..and ID korang tu jugak berguna untuk beli bubble tea dekat Bubblicity..ada student price..and lagi best ari Selasa ada Trinity Tuesday..just tunjuk ID TCD korang, dapat beli bubble tea dengan harga 2.50euro sahaja..tak kisah large ke regular..obviously amik yang large laa kan..hahaha..harga asal dia dekat 4 euro..so, untung tak jadi budak TCD? Hahahaha..

Sekarang jom masuk bab belajar laa pulak ye dak? System TCD ni lain sikit..senang cakap susah laa..first year belajar 5 subjek je..Biochemistry, Physiology, Anatomy, Human Development and Behavioural Science and Medical Humanities..exam pulak..untuk winter exam ada dua paper je..Biochem dengan Human Form and Function which is gabungan Physio and Anat..untuk Biochem, tengok past yearsssss..sangat berguna..insyaaAllah boleh je pass..oh ye..passing marks 50% ye adik-adik..and kena jawab 5 essays in 3 hours..and 1 hour for 20 MCQs..and untuk HFF memang korang kena study betol2..susah giloossss..dia bagi 3 jam..ada 10 essays dengan 30 MCQ..yang essay tu 4 anatomy..5 physio..satu intergrated..30 MCQ physio..kiranya nanti anat akan contribute 50% and 50% lagi from physio..yang Anat 25% from essay ni..20% from viva..nanti aku cerita viva tu apa..then another 5% from mid term viva and labs..untuk physio 10% from MCQs..35% from essays and 5 percent from tests..

Okay..viva tu apa? Viva ni untuk anat..korang akan ada spot tests and viva..dia ada 5 stations..station 1 and station 5 ada lecturers jaga..dia akan tanya pasal anat orally..scary? hahaha..memang pon..dia ada 4 stages in viva ni..last stage ialah clinical parts..so kalau examiner tanya sampai clinical kira hebat laa tu..yayyyy..hahaha..yg station 2, 3 and 4 ada spot tests..setiap stations ada 4 soalan..viva ni contributes 20 percent untuk HFF..kalau mid term viva korang akan jawab soalan depan groupmates anat korang..which is in my case takde melayu..gelabah gila..hahaha..groupmates anat aku ada 8 orang..ada 3 je non-Irish..aku, Stacey (from Mauritius) and Denys (from London)..ada Fiachra, Sean, Esme, Aiofe, Niamh..dorang baik je..Cuma aku laa awkward sikit..lol..

Then, masuk part PBL..yang semua orang meluat..hahaha..ada dua PBL..satu PBL yang biasa..satu lagi PBL untuk HDBS..PBL yang biasa ada 6 block..tips dia cakap je..jangan malu..seriously..kalau tak jadi laa macam senior korang ni..yang dapat 3.5% je untuk first sem padahal Malaysians mostly dapat je 5%..sedih tak??sedih laa..tapi tak guna menyesal..salah sendiri..so, aku work hard laa untuk second sem..cakap je..salah betol belakang kira..yang penting..CAKAP!! PBL ni contribute 5% untuk Biochem, HFF..so silaaaaa laaaaa cakaaaaapppppp..kalau tak menyesal..

Untuk PBL HDBS lagi power..korang aka nada PBL lepas tu rate diri sendiri..cam hape je kan??hahaha..stress gilaaaa..ni lagi laa penting untuk korang bercakap..tutor HDBS aku Omar Mothersill..dia sangat baik..so, agak selesa laa nak bercakap dalam PBL tu..kalau dapat tutor yang tak best naseb badan laa..huhu..and HDBS jugak memerlukan korang buat Family Visit..and jumpa GP..memula korang jumpa GP..GP tu general practitioner..in a simple word, doctor laa..hahaha..dia akan jadi tutor..and dia yang akan bagi group untuk Family Visit..selalunya dua orang per group..partner..ada laa yang bertiga tapi sikit..aku dapat partner Irish..lelaki..dia baik laa..kelakar..best laa partner dengan dia.. meh nak bagitau allocation of marks untuk HDBS ni..untuk tutorial yang rate diri sendiri tu nanti korang kena tulis reflective diaries jugak..so, tutorial+diaries = 15%..30% untuk family visit log book..5% from PBL Ethics..and another 50% from written exams in May..mungkin ada yang cakap ohh boleh laa jawab bodoh-bodoh je exams kalau dah skor untuk tutorial, dairies, family visits..jawapannya tak..korang kena dapat at least 50% for each question in exams..ada 4 soalan..so, kena work hard utk exams jugak..hahaha..

Winter exam akan contribute 40% for the whole year..yang summer exam contributes 60%..which means korang boleh compensate..kalau tak lulus sem 1..sem 2 boleh compensate..so, kalau lepas dah kira-kira untuk the whole year markah korang 50% and above korang lulus! Yayyyy..kalau bawah 45, korang fail..maknanya kena ambik supplemental exam in early September (our batch)..so, yang 45-49 tu macam mana? Dorang kena ambik pass/fail viva..dia akan tanya soalan from sem 1 and sem 2..and dia bg notice like 2 days before viva..susah gak laa..kalau korang lepas viva ni korang dikira lulus, sama taraf dengan orang yang above 50%..kalau tak, korang fail dan kena ambik supplemental exam..

So, kelas everyday starts at 9.00am..so, sila bangun pagi..jangan ponteng selalu..hahahaha..hari Isnin kelas sampai 5pm kalau ada SSM petang tu..kalau tak habes pukul 3 (sem 1) or pukul 1 masa sem 2..hari Selasa, ada PBL..dia akan divide group..so, kalau korang kena PBL 9 pagi hari selasa, hari Jumaat korang PBL pukul 11..and vice versa..and petang selalunya lab anat/physio..Rabu pon ada lab physio/anat petangnya..depends on your group..pagi kelas cam biasa..and test physio pagi tu..test selang seminggu..Khamis pagi kelas..petang korang either ada tutorial HDBS or kena jumpa GP or free..jumaat selalunya heaven laa..PBL pagi..lepas tu hooorrreeaayyyy..tp ada jugak yang ada lab petang Jumaat..sekali lagi depends on which group are you in..Semester 2 ada lab Biochem yang annoying nak mampus lama gilossss..hahaha..yang lain lebih kurang sama je..

Peringatan yang group Anat korang stay sampai second year..ni senior cakap laa..and group HDBS pon sama sepanjang tahun..so, kalau tak suka groupmates pon buat-buat laa suka ye? Hahahah..untuk PBL pulak..block 1 and 2 sama group..block 3 group baru..block 4 pon..5 dengan 6 tukar group lagi..so, korang akan jumpa orang-orang yang berbeza laa..so, buat kawan baru.. 

Tu je laa..skg dah pukul 2.44 pagi..aku dah tak larat nak taip.. =.=

All the best juniors..untuk yang bakal masuk KMB..and yang bakal ke TCD..insyaaAllah..yakinlah yang apa-apa pon yang Allah bagi, itu yang terbaik..sekian dari seniormu di bumi Shamrock..

Gambar graduation day! :)

Trinity College Dublin, Ireland..dengan schoolmates..

Saturday 8 December 2012

Setelah 3 bulan menyepi



Assalamualaikum..

<jap eh..buang habuk, sawang, sarang labah-labah..lol>

Oh ye..punya lama menghilang adek manes..pegi mana?? LOL..serious..dah lebih tiga bulan aku tak update..hihi..takde masa??ke malas sebenarnya??ntah laa..mana-mana pon boleh..tetiba teringat nak update..

Sedar tak sedar dah nak dekat tiga bulan aku menjejakkan kaki ke bumi shamrock ni..Apa shamrock-shamrock pulak ni weh..menatang apa tuu??cakap standard punya level takleh ehh??Okay-okay..baikk..bumi shamrock tu nak refer ke bumi Ireland sebenarnya..

Mungkin ada yang tertanya-tanya..amacam derr duduk bumi orang..negara empat musim..sekarang winter kan??salji dah??tak menggigil ke weh kau sejuk-sejuk ni??best tak weh duduk sana??omputih semua camne??

Perghh..banyak betoi soalan nyaaa..chop chop..meh aku jawab..biasa je weh duduk sini..mula sampai excited macam budak-budak dapat lollipop..dah masuk sebulan, dua bulan, tiga bulan rasa macam Malaysia is wayyyy better..

Why? Why? Why?

Hahahaha..biasa aa..ada pros and cons dia duduk sini..pros dia kau merasa aa menjejakkan kaki ke bumi Eropah..dapat elaun banyak <kalau convert duit Malaysia aa..lol>..dapat jalan-jalan di Ireland dan negara-negara sekitarnya, contohnya UK, France, Spain, Holland, Germany, Czech etc..dapat kawan ngan omputih <ni kalau dia layan aa..kalau dah depa duduk ngan geng-geng depa tak layan dah hampa..toksah perasan..hahaha>..dapat kawan dengan orang-orang hebat..contoh dia 3 orang daripada students Malaysia merupakan top 30 SPM 2009..sorang tu nombor 7 Malaysia, sorang tu nombor 8 Malaysia, sorang tu nombor 20..aku??ntah nombor berapa ribu ntah..hihi..dan salah sorang mature student TCD ni bekas pemain rugby Scotland woiii..tak sangka aku..dia baik gila kot say hi..tanya pasal baju kurung and baju melayu..hahaha..another pros, coklat kat sini murah..aiskrim Haagen Dasz tu senang-senang je nak makan..perfumes bila less murah giloss..lol..

Cons dia?? Hmm..jauh dari family..homesick tetiba..ada PBL..ada small group learning..lab anatomy punya group sorang-sorang budak Melayu lepas tu krik krik krik..awkward..tak cukup yakin nak speaking..haihhh..ada viva dan spot tests untuk anatomy..aku rasa masalah besar aku ialah kurangnya confidence untuk bercakap dalam bahasa inggeris..iyeee..that’s it..the major problem..aku mengharap sangat untuk dapat keyakinan tuu..sobs sobs sobs..

Okay tu je luahan perasaan aku..kena back to study..exam start next week..on Monday..last payperrrr Thursday..and after that merdeka..nak bermusafir..jalan-jalan, shopping, mencari ilmu..hopefully cuti sebulan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknyaa..insyaAllah..

p/s: Hopefully korang dapat doakan kejayaan aku untuk exam sem ni ehh..40% of the year..takut..cuak..tak sempat cover everything..sobssss..tapi takpe..usaha setakat termampu..doa, tawakal..

pss: Sila juga doakan kejayaan pasukan Bola Sepak kita untuk semi final AFF..

 Aminn..jumpa lagi next time 

Thursday 6 September 2012

this is UNEXPECTED! :')


Lama gila kot tak update blog..internet ting-tong..tak dapek nak update..hohoho..tetiba rasa nak hapdate sebab ada something jadi yang berjaya membuatkan aku happyyyyy gilaaaaaaaaaaaa..hahahaha..ini over! :p

Seperti yang korang sedia maklum, aku penah hapdate blog cite pasal kegagalan aku dapat conditional offer IUMC kan??Korang baca ke tak ni??Okay, kalau tak sila la cari balik entry tu ye..disebabkan aku ni sangat jarang hapdate blog, so sangatlah senang untuk cari balik entry tu..hihihi..

So, aku pon dah tahap redha je laa kan..tak dapat IUMC pon takpe..masih ada lots of chance..janji result IB lepas..and Alhamdulillah..dapat offer RCSI tapi Bahrain pulak..MARA memang tak hantar g Bahrain sebab dia cakap risky..negara bergolak..and finally dalam beberapa hari lagi je nak mula IB Exam aku dapat result NUIG-UCC-AUCMS punya offer..ni program twinning..2.5 years kat Ireland and 2.5 years in Malaysia..masa tu happy sangat kot sebab finally aku ada placement dah..lega la jugak kan nak menghadapi IB Exam..bila result keluar alhamdulillah..agak baik.. J ..sila rujuk entry IB Survivor ye..hehehe

Dan berbekalkan result IB yang agak baik tu aku diletakkan dalam CONSIDERATION LIST FOR IUMC oleh Dr Saai..masa tu, tipu la kalau aku kata aku biasa je..of course la mengharap untuk dapat IUMC tu tetiba melangit balik..eheh..and finally list name IUMC siap dengan nama uni pon keluar..sedikit kecewa bila list name tu takde pon nama aku..tapi ada 2 orang yg terpilih dari consideration list tu..masa tu macam dah redha je..mungkin IUMC bukan untuk aku..hoho

Lama dah lepas tu tetiba Dr Saai posted dalam yahoo group cakap additional offer for IUMC..dalam hati dah cakap, kalau ada nama aku mesti classmates aku semangat bgtau kan..sebab masa tu internet aku dah mula ting-tong (read: terminated)..tengok-tengok ada dua orang lagi terpilih untuk dapat firm offer dari IUMC..masa tu memang dalam hati cakap, okay Hajar..kau memang confirm twinning okay..agak mustahil la IUMC nak ada additional offers lagi sebab dah 4 orang dapat kan..

Sejak daripada tu hati aku dah takde mengharap untuk IUMC dah..dah bersedia sepenuhnya untuk terima offer AUCMS dengan senang hati..lepas tu banyak pulak orang AUCMS hantar emel, cakap pasal borang-borang, pre-departure sume..

Sampai la ke tanggal 24 Ogos..petang tu aku nak pegi CC nak scan all those required documents cam sijil SPM sume..masa kat dapur dengar phone berbunyi..aku berlari nak pegi angkat tapi tak sempat..tengok-tengok nombor 03-XXXXXXXX ..aku dah pikir, eh sapa ni..MARA ke??ke ASTRO??kan ASTRO selalu randomly telefon orang tanya pasal nak pasang ASTRO ke tak.. =..=

Tak lama lepas tu ada message masuk..dari no 012..aku dah cuak..sapa pulak ni..baca je SMS tu terus rasa nak melompat happy..

“ Hello. This is iumc msia. Pls call as you were nominated for clearing by Dr saai & we have a place for you. Tq, Barbara “

Masa tu tetiba menggeletar nak call IUMC..hahahaha..lepas call Barbara angkat and dia cakap “Ha Fatimah. Dr Saai was panicking as she couldn’t reach you and your friend this morning. Etc “

Pastu dia pon tanya aku dah ada offer ke blom..aku cakap tengah tunggu offer letter..pastu dia macam ingat aku taknak IUMC..cepat-cepat la aku cakap aku prefer IUMC than AUCMS..lol..pastu dia cakap aku dapat Trinity College Dublin..paling lawak bila dia cakap, “You didn’t sound happy. It’s Trinity. You should be happy!” 

Aku happy gila kot actually..Cuma nervous je cakap ngn dia..hahahaha..lama tak speaking weh..berterabur je aritu..malu aku..then, dia cakap dia akan email offer letter by malam tu jugak.. *happy*

Alhamdulillah..rezeki Allah..bila fikir balik, ada bagusnya aku dapat AUCMS..and AUCMS buat hal issue offer letter lewat gile..Dalam keadaan AUCMS bg offer letter lambat, aku dapat IUMC..andai kata aku dapat PMC mesti aku dah forwardkan kat Miss Sheila and nak taknak haruslah aku reject IUMC..ye dak??Perancangan Allah, sungguh cantik! :’)

Dan Alhamdulillah, aku dapat TCD instead of NUIG, UCC or UCD.. kalau aku dapat salah satu ni memang parah laa..NUIG and UCD daftar awal..early September..UCC lewat sama macam TCD..and ketiga-tiga uni ni memerlukan student bayar deposit accommodation as they have to live on campus for first year..aku??aku duduk off-campus..rumah, Alhamdulillah seniors carikan and dorang sangat la baik untuk bayarkan dulu deposit and sewa bulan Sept ..kiranya kitorang sampai sana nanti bayar balik kat dorang..lega rasanya tak payah risau pasal rental.. :’)

Banyaknya laa ibrah dari apa yang terjadi ni..paling utama, the power of du’a..seriously!

Doa la banyak-banyak..insyaAllah, Allah akan makbulkan kalau benda tu baik and sesuai untuk kita..lambat dgn cepat je..macam kes aku, bila aku dah macam get over daripada terlalu mengharap baru Allah bagi..ni tandanya Allah nak uji aku dulu..bila aku dah tak mengharap Allah kurniakan rahmat dia..sweetnyaaa Allah kan?? :’)

Dan setiap hari aku doa permudahkanlah urusan aku..Alhamdulillah..Allah permudahkan dari urusan nak bayar accom, tarikh fly etc..

So, rakan-rakan sekalian..jangan mudah berputus asa dari rahmat Allah okay..Allah sentiasa ada dan dia tau apa yg baik untuk kita..yang penting DOA, DOA, DOA! J

Sunday 8 July 2012

officially an IB Survivor!



Assalamualaikum..heyyyyooooooooooo.. J

Okfine..dah dua hari result keluar arini baru nak update..kikikiki..saya sangat malas update blog..mood tu kekadang datang tapi bila sampai part menaip terbantut pulak..huahuahua..

Alhamdulillah..all praise to Allah..dengan izin dan rahmat dari-Nya aku berjaya lepas IB dengan jayanya..tanggal 6th July 2012, results IB Exam May 2012 dah pon dikeluarkan oleh pihak IBO..serious weh..menanti detik 8.00pm 6th July tu <result boleh start check 1200 GMT bersamaan 8.00pm waktu Malaysia> serious jantung macam nak terkeluar..tapi online totap online..ye la..nak tau update..sepanjang online tu dengar la cite-cite yg Yong Yong dapat 45! Na’im dapat 44..etc etc..yg paling cuak rasa nak pengsan bila dengar khabar yang 55 orang tak lepas 35 points.. >.<

Masa dapat tau 55 tak lepas terus rasa, ntah-ntah aku salah sorang daripada 55 tuu..Ya Allah..serious rasa nak nangis pon ada..ye laa..aku sendiri tak yakin dengan exam aritu..Math Paper 2 memang kelaut ah..soalan 10 tak dapat jawab kot..sedihh..memang lepas tu dah ingatkan diri, melepas la 7 Hajar oii..6 tu pon hopefully dapat..next, Chem..Paper 2 dia, Ya Allah soalan tak la susah sangat pon tapi aku tak berapa nak boleh jawab..masa tu rasa nak nangis je..kecewa teramat sangat..tambah-tambah bila tengok orang lain kata, “eh, Paper 1 tadi susah kan?”..aku macam apakah??paper 2 tutak susah ke?? bagi aku susah sangat..pastu banyak je yg salah..memang cuak kalau tak lepas 6.. L

Malay Paper 1 pulak lepas jawab terus hilang rasa confident tu..baru sedar yang aku macam tersalah jawab..sedih pon ada..naseb la Paper 2 sempat mintak tips brader Amirul sebab dia cakap Malay subject favourite dia..memang dasyat dia ni minat Malay kot..so, Paper 2 tu ada la confident sket..tapi bila pikir markah 7 Malay tinggi ke langit, harapan tu macam tinggal harapan je laa..ye la..mana tak nya..7 kena dapat at least 24 out of 25 marks..tak ke gile! So, targetnya hanyalah 6..

Econs pulak..pon sama..ada kisah tragis yang mampu mengundang air mata..aku tersalah jawab kot Paper 1 soalan (b)..uwaaaa..dia tanya kenapa deflation lebih teruk effect dia daripada inflation..aku langsung tak cakap inflation kot..fokus kat deflation jeeee..dah la markah 15..aku agak paling tinggi aku boleh dapat 9 je..half of it..and dah tentu-tentu laa jawapan aku tu banyak goreng je..nak dapat 9 tu pon cam angan-angan Mat Jenin jeee..sobs sobs sobs..so, aku doa sangat mintak bagi dapat 6 cukup-cukup makan pon jadilah..
English boleh la tahan..aku target 6 je sebab English sangat susah nak skor..tinggi markah nak dapat 7..rasa-rasanya lepas la target kot lepas jawab tu rasa confident sikit laa..tak banyak ponn..

Last payyyyperrrr, Biology..okay..Paper 1, Paper 2 rasa okay laa..boleh kot dapat 7..rasa je laa..last day exam tu Paper 3 je tinggal..ya Allah..soalan dia tak sangka soalan camtu yg naik..yang aku tak focus pulak yang naik..langsung takde pasal Oxygen Dissociation Curve, Bohr Shift sume tuu..takdeeeee..keluar pulak pasal absorption of food bla-bla-bla..memang aku jawab kelaut weh Paper 3..sentapp rasa..tapi disebabkan masa tu last paper..last day..so, chill je lah..tambah pulak esoknya Abah datang amik barang..lusa tu ada class trip..terubat la konon luka di hati..kekekeke..

Disebabkan kebanyakan paper aku rasa sangat low self esteem..eceyyy..so, aku hidup dalam kenevesan sepanjang menunggu result keluar..a day before tu macam ayam berak kapur aku ni..selera makan pon hilang..<over!>

Tapi serious la weh..menunggu result IB ni sumpah lagi neves daripada result SPM..SPM tuu sangat la tak apa-apa bagi aku..IB ni kalau tak lepas rasa cam sedih sangat-sangat-sangat kot..

Dan sementara menunggu detik 8 malam tu chat dengan Ijam..dan Ijam selaku IRP Leader aku telah menyebabkan aku kembali normal..dia cakap “jangan la risau Hajar..kau lepas requirements MARA..Zaki ngan Hanis pon..Cuma exact points aku tak tau..”

Lepa s dia cakap camtu aku pon happy la balik..Alhamdulillah..kiranya malam tu tinggal nak tau exact points laa..bagi aku dapat cukup-cukup 36 without bonus points pon dah okay dah..at least lepas requirements university kan..

Dan tiba di detik 8 malam tu aku cek la dan Alhamdulillah..rezeki Allah..sangat terharu dengan result aku.. J
Out of 42 aku dapat 38..and out of 3 bonus point tu aku hanya berjaya dapat 1..so, overall 39 points..paling tak sangka EE Chemistry dapat B..Alhamdulillah..serious weh..Chem kot..taon lepas paling tinggi C..kira okay la dapat B dengan last minit punya usaha tak tidur sepanjang malam jadi zombie..hahaha..Malay ngan Econs 7 tu tak sangka langsung..Malay dah la ramai 6 tetiba aku dapat 7 sangat tak sangka..hehe

klik untuk tumbesaran :)

Dan sangat-sangat bersyukur dengan result yg aku dapat..memang Allah tolong sangat-sangat..bersyukurnya ya Allah..dulu Allah tolong masa SPM dan kali ni Allah tolong lagi untuk IB..so, kepada semua..ingat laa..pengharapan dan pergantungan tu hanya pada Allah okay??jangan bergantung pada yang lain..doa banyak-banyak insyaAllah Allah akan tolong..jangan berputus asa..

Kepada kawan-kawan yang lepas requirements Uni as well as requirements MARA, tahniah dan selamat maju jaya..untuk classmates terchenta, M10D..tahniah untuk korang jugakk..IRP Bulat Diva Gedik Meletop jugak tahniah lah! Tak sia-sia usaha kita buat IRP every nite kan??haha..rindu kot nak ber-IRP ngan korang <Hanis, Ijam, Zaki>..

Kepada yang kurang bernasib baik, jangan berputus asa..aku tau easier said than done..tapi tolong la jangan berputus asa dari rahmat Allah k..setiap yang berlaku tu pasti ada hikmah dia..aku harap korang stay strong..
Kepada semua yang turut sama mendoakan kejayaan aku, terima kasih banyak-banyak..jasa korang hanya Allah yang dapat balas..terutama sekali Mak Abah, adik beradik, kawan-kawan..senior-senior yang sangat supportive! Terima kasihhhhh.. J

Kepada juniors <konon depa baca lettew> ..IB ni tak senang tapi korang kena selalu ingat..korang terpilih tau nak buat IB..Allah pilih korang sebab dia tau korang mampu..and selalu ingat yang KMB bukan hanya tempat untuk graduate with IB Diploma in hands okay..ini tempat korang nak cari chenta Allah tu..lambat ke cepat ke bukan masalah dia..IB ni mampu buat korang sedar yg pergantungan kat Allah tu suatu benda yang sangat penting! If He brings you to it, He will bring you through it! All the best! Treasure your time there..serious korang kan rindu KMB bila dah habes nanti..tak tipuu..

Semoga dengan apa yang Allah kurniakan ni membuatkan aku lebih dekat dengan Dia..semoga aku lebih mengenali Islam itu di bumi asing kelak..semoga rahmat Allah terus bersama kita..semoga aku tidak kufur nikmat dengan segala rezeki pemberian-Nya.. Alhamdulillah J

Saturday 28 January 2012

bila kesabaran teruji

Assalamualaikum. Hey guys! Ade pembaca ke ntah belog aku ni? Hahaha. Okay basically disebabkan aku dah tulis kan dekat entry before ni nak update pasal kisah stress petala ke lapan aku sepanjang dua minggu lepas. So, here it is! J

Okay. Dimulakan dengan berita submissions EE, ToK, IA dan sebagainya. Punya la banyak kan kena submit, kena turnitin. Haihhh. Tambah pulak aku ni the greatest procrastinator. Mampu? Hahahahaha. Maybe some of us, I mean IB students specifically KMB students yang dah siap bapak awal gile kan sume benda ni. Actually, settle awal-awal everything la bagus kan. Takde la kelam kabut cam hape je. Tapi dah ditakdirkan aku ni pemalas dan suka bertangguh ni la akibatnya.

So, ari khamis before cuti CNY tu Mr Afiq, my EE advisor texted me saying that EE full kena hantar esok pagi. I was like omaigad. Banyaknye kena siapkan ni. Okay, kompem la tak tido malam tu kena siapkan EE. No need to merungut la sebab salah sendiri asyik bertangguh. Ha, padan muka. Hahahaha.

Aku pon stay up la, berjaga sampai ke pagi menyiapkan EE. Sampai 6.15 kot. So, bila dah stay up kau akan jadi separuh siuman la. Ala-ala zombie gitu. Petang tu pulak nak balik rumah naik ETS ngan kakak aku. Disebabkan tiket lambat gak la 9.30 pm, so kakak aku ajak pegi ofis die dulu. Aku pon nak ERL dari Putrajaya Sentral turun Bandar Tasik Selatan. And dari situ aku kena amik komuter pegi Serdang. Ni la part yang paling aku geram sekali. Punya la lama aku tunggu, komuter takde-takde gak. Asyik-asyik announcement cakap train mengalami kelewatan dari jadual asal bla bla bla. Masa ni dah laa panas nak mampus, orang ramai pulak. Hati aku ni membara je kan rasa nak tumbuk muka orang je. Serious panas hati time ni. Dalam hati abes kena sumpah seranah laa sume orang masa tu. 

Pastu kakak aku cakap tukar plan sebab dah lewat sangat. So, die yang akan datang TBS tu. Aku pon iyekan and g beli tiket BTS ke KL Sentral. Pastu komuter buat haram lagi sekali. Lambat cam hape je. Masa tu aku dah la menggeletar badan sebab tak tido malam before tu. Train buat hal pulak. Mang cari masalah la kan. Dalam hati dah menyumpah seranah and at the same time cuba sabarkan diri sendiri. Last-last kitorang decide naik ERL. Lepas tu aku terus cakap lam hati, “takkan naik komuter dah la kan lepas ni unless terdesak tahap tak hingat.”

Next, naik ETS patutnya pukul 9.30 sekali delay jadi 10.30. Mak aihh. Masa tu rasa cam nak meletup pon ade. Sabar je laa. Ujian Allah. Takde la besar mana tapi ni pon aku dah macam orang gila tahan marah.

Tambah pulak kes broadband aku. I’m using Celcom Broadband. So, nak dijadikn cite terminate sebab tak bayar lagi. Kakak aku bayarkan dekat satu kedai tu. Dekat area Sungai Siput la. Sekali still tak boleh guna jugak even after 24 hours. Ape cite. My parents pegi kedai tu tapi dah tutup sebab masa tu dalam pukul 6 camtu la. And orang kedai sebelah tu cite pulak yang kedai tu ada masalah sket. Banyak kes-kes pelik yang tak berapa nak sedap dengar la kan. Aku pon lagi laa nak marah.

And next day tu Abah ngan Mak pon g kedai tu. Okay, kedai tu dah bayarkan dah. Aku pon call la Celcom Center suruh dia sambung balik broadband aku. Sekali Pegawai Perunding Pelanggan <something like that> tu mak aihh perangai cam hape je. Buat aku emo nak marah je. Die pon emo sekali. Last-last dua-dua emo then aku suh kakak aku yang call kan mintak sambung.

Basically, conclusion die kat sini ialah, aku bukan la seorang yang penyabar. Aku cepat naik hangin. Maybe sebab genetic abah kot. Hehehehe. Tapi serious, jangan cabar kesabaran aku kalau taknak kena sembur. Kalau tak sembur direct pon kau memang kena sumpah seranah berbakul-bakul dalam hati aku. Seriously. And aku tau yang sikap aku ni tak bagus. And aku sendiri pon dalam usaha nak kawal keemoan dan kekurangsabaran aku ni dengan sebaiknya. insyaAllah. Doakan aku mampu menjadi insan yang lebih baik, yang lebih sabar dan mampu mengawal perasaan. insyaAllah.

p/s: Adik aku dapat MRSM Tun Ghafar Baba (TGB) Jasin. Aku dalam proses menyiapkan EE and ToK. Lepas ni hidup aku akan lebih aman. Results IUMC dengarnya bakal keluar next week. Doakan aku rakan-rakan. J