Saturday, 12 May 2012

KMB: Bukan sekadar IB #1

*fuh fuh <tiup habuk> ..bersawang-sawang dah blog ni..diabaikan oleh empunya blog gara-gara demam IB Exams>



I’m in the midst of IB Exams..entry ini dibuat untuk menyimpulkan kenangan2 dekat KMB terchenta..disebabkan terlalu banyak yang dipelajari di KMB ni, terpaksa buat tajuk entry KMB: Bukan sekadar IB #1..hehe

Untuk entry #1 ni aku nak cerita dulu pasal benda utama yang aku dapat kat sini..selain daripada belajar 6 subjects, diperkenalkan kepada subject Economics <padahal nak amik Medic>..alah, positif la Fatimah Hajar..ilmu jugak kan??cuba jangan nak limitkan diri sendiri..kata macho+cool..hohoho..

So, benda utama yang aku dapat sebab masuk KMB ialah TARBIYYAH..seronok weh menjadi insan terpilih untuk mengenal Allah dengan lebih dekat..KMB tempat aku jatuh chenta dengan Allah..mungkin chenta aku tak sekuat orang lain yg dah lama join usrah+tarbiyyah tapi tetap bersyukur Allah bukak pintu hati nak terima tarbiyyah..teringat Kak Nad pesan sebelum dia keluar KMB..

“Tarbiyyah diri awak, Hajar.”

Masa dia cakap macam tu serious aku menangis..tak tau la kenapa..mungkin aku rasa bersalah sebab asyik tolak tarbiyyah padahal bape kali dah Allah bagi chances kat aku..Kak Nad ajak pegi daurah semua asyik bagi alasan..menyesal bila pikir sekarang weh..lagi bersalah dengan Kak KD..nampak sangat secara terang-terangan aku tolak tarbiyyah tu..tapi benda paling utama aku rasa bersalah dengan Allah..sebab Dia dah banyak kali ketuk pintu hati aku..suruh aku berubah..tapi aku asyik nak ignore je ketukan2 tu kan..sampai la ada orang share..

“Allah akan selalu ketuk pintu hati kita..kita grab chance tu bila Dia ketuk..jangan tunggu sampai one point Dia takkan ketuk dah..”

Tapi Alhamdulillah, aku berjaya gagahkan diri sendiri, paksa diri berubah sikit demi sikit..dah berjaya pakai stoking sebab kerelaan hati sendiri..dulu kat Taiping wajib pakai stoking..sebab rule..kan dah nampak sangat pakai stoking sebab rule, sebab orang lain dan bukan sebab Allah takkan berkekalan..masuk KMB selalu je tak pakai stoking..sampai la hati sendiri bersuara..sampai bila nak buat dosa kering sebab tak pakai stoking..Alhamdulillah, aku berjaya..dan harapnya mampu mengekalkannya sampai bila2.. J

Dekat-dekat penghujung IB ni classmates aku pon selalu ajak puasa, usrah, itfar..sweetnya ukhwah.. kat sini aku rasa ukhwah yang disebabkan Allah, bukan sebab lain..bila kita bersahabat sebab Allah feel dia lain..rasa nak sama-sama jadi baik..berubah kearah kebaikan..nak berjaya sama-sama..tak pentingkan diri..best kan??

Terkesan dengan kata-kata Nana:

“Secara generalnya, semua umat Islam menunaikan yang wajib..contoh, solat 5 waktu, puasa..so, kita ngan dorang takde beza..kita kena buat something so that Allah perasan kehadiran kita..kita kena usaha la buat yang sunat..contoh solat sunat rawatib, dhuha, puasa isnin khamis, baca Al-Quran, Al-Mathurat..”

Nak jadikan amalan sunat sebagai amalan harian memang susah..undeniable..tapi kita kena cuba paksa diri..kalau tak sampai bila pon takkan buat..

Kat KMB jugak ada Kulsem..right after Mahgrib..dalam pukul 8 cmtu..aku gagahkan diri untuk pergi kalau berkesempatan..ni laa satu-satunya cara nak dapatkan makanan ruh lepas study dan melagha dari pagi tu kan..macam-macam yang aku dapat..bukan setakat ilmu..sekali ngan ayat chenta dari Allah.. J

Banyak lagi yang aku dapat actually, nanti aku sambung untuk #2 ehh..nak kena sambung study..minggu depan ada Malay A1 Paper 2, Economics Paper 1 and 2 and Biology Paper 1, 2 and 3..doakan yang terbaik untuk aku..moga Allah permudahkan segalanya..

p/s: Pena telah terangkat dan lembaran telah kering..semuanya dah ditetapkan..usaha ke tak usaha ke results masih kekal sedemikian rupa..usaha kita tu bernilai dekat akhirat nanti..jangan malukan diri sendiri..jom usaha sebab Allah tak tengok hasil..Dia nak tengok usaha kita..Man Jadda Wad Jadda.. J