Thursday, 28 June 2012

beratnya tanggungjawab T__T



Terbiar lagi nampaknya blog ni..hohohoho..nak  bagi alasan busy sangat laa tak valid kan..IB dah habes, EE takde dah nak disiapkan, TOK tak lagi mengganggu..Lab reports pon takde..terlalu banyak masa yang ada tapi tak tau apa yg aku buat..haihh..betul laa apa yg disebutkan dalam hadith Rasulullah SAW <rakan-rakan, sila selawat ye..dapat pahala..hihi> dua nikmat yang manusia selalu lupa, nikmat kesihatan dengan nikmat masa lapang..

Terpanggil nak hapdate pon sebab sesuatu yang terjadi dalam jangka masa seminggu ni..sedikit sentap jiwa aku nampak gayanya..seriously..rasa loser gile.. T__T

Korang penah rasa di’reject’??

Kot suka laa direjek cam mana pon..kasih atau cinta tak berbalas ke apa ke..tapi yang pasti aku baru rasa perasaan tu..rasa sangat sentap k..pedihnya ya Allah..

Alkisahnya bermula di facebook laa..ada satu kes tu pelumba Moto 2 negara kita naik podium duk main sembur-sembur arak pulak dengan pelumba-pelumba non-Muslim..kita as a Muslims mesti laa tak puas hati kan??rasa cam apa tujuan dia buat camtu..dan aku sebagai seorang yg prihatin <ceycey, bajet..hahaha> terpanggil la untuk sama komen..dan masa komen tu muncul satu watak yang berselindung di sebalik nama yang aku kompem ah kalau korang tengok automatically korang akan rasa dia non-Muslim..dia ni kemain back-up action mamat tu duk main sembur-sembur arak..ayat dia boleh buat orang panas hati..aku pon click la dekat nama dia si pengkomen tu..tengok religious view dia I Love God..okay..tengok pulak description religious view dia tulis “All religions worship THE ONE & ONLY GOD.Besides,no religion is an absolute one”, aku pon rasa dia ni non-Muslim..tapi masalahnya dia ni pandai pulak nak bercakap pasal al-Quran, sunnah, ijmak, munafik..terms yang orang Islam je selalunya tau..aku tak tau la dia ni atheis ke atau pon dia ni masih question agama anutan dia sendiri..aku try cakap ngn dia apa yg aku termampu tapi dia ni lantang bersuara <komen sebenarnya..hahaha>..sampai satu tahap tu aku rasa sedih macam nak nangis sebab rasa cam aku tak mampu langsung nak berhujah sampai dia at least terima sikit pasal Islam..sedih..rasa direject..pedih.. T__T

Lepas jadi camtu aku pon tanya kat Aida, opinion dia..Aliah pon sama komen..dia cakap biasa la tu..memang ada dan wujud manusia camtu..just lakukan tanggungjawab kita sebagai dai’e di muka bumi ni k..at least kita cuba menyampaikan..itu hak dia nak terima atau tak..sedikit sebanyak aku tersentuh jugak la dengan apa yang Aliah cakap..paling terkesan bila Aliah cakap, sabar je laa..Rasulullah SAW dulu lagi teruk kena..masa tu terus rasa *dush* amik kau..Rasulullah dulu tak penah give-up k..kau Hajar, baru sorang argued dah nak emo terlebih..pehal??ish ish ish..

Bila jadi macam ni, terus aku muhasabah diri balik..macam mana ni Hajar oii..tugas sebagai pendakwah tu semua orang pikul tahu??susah macam mana pon kena buat..tujuan hidup kita KHALIFAH dengan IBADAH..dah tau diri tu tak cukup baik kenapa still tak usaha sungguh-sungguh supaya jadi lagi baik??banyak ilmu agama yg kena dalami..ni baru sikit..kalau one day ada non-Muslim argue lagi pasal Islam nak buat apa??terdiam lagi??senyap terus??tak mampu nak cakap apa-apa lagi??tak ke rasa bersalah tak dapat pertahankan Islam??beratnya ya Allah..berat..sangat berat.. T__T

Teringat pulak firman Allah, “Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah.”

Berat macam mana pon kena buat! Jangan cari alasan..nak tunggu sampai jadi baik sampai ke sudah la tak berdakwah..okay, aku tau semua pon rasa term berdakwah tu terlalu berat..rasa macam ustaza-ustazah pulak kena berdakwah..okay fine, change it to something lighter, “menyampaikan”..kita patut menyampaikan..baik ke tak kita, tugas menyampaikan risalah Islam tu ada pada kita..nak dapat pahala kan??cukup-cukup la dengan alasan susah tu..buat sikit-sikit..tak banyak sikit..mana tau dengan apa yg kita sampaikan tu hati orang tersentuh..hidayah tu Allah yg bagi..kena ingat..

Aku paham, susah kan nak tegur kesalahan atau pon menyampaikan syiar Islam pada orang lain??susah..memang susah..sangat susah..nak menyampaikan sesuatu dekat orang yang terdekat dengan kita lagi susah kan??dekat adik beradik atau family members sendiri lagi la susah tahap petala ke lapan..susah tahap maksimum..satu je cara paling mudah nak berdakwah dekat family members ni..wujudkan qudwah hasanah..contoh yang baik..contohnya banyak..solat awal waktu..pakai stoking bagi yang perempuan..bertudung dengan sempurna..

Dekat kawan-kawan sendiri pulak macam mana??mungkin susah jugak..tambah-tambah bestfriend(s) sendiri..gila kau nak terus tegur cam, “Apsal tak pakai stoking?”..kompem ah dia sentap..kau pehal..ingat kau baik sangat??alim sangat..ha, tak pasal perang dunia meletus kang..nak tegur kena pandai mengikut situasi..jangan aci redah kot suka kau je..berhikmah k..jangan buat orang yg nak ditegur tu terguris sampai last sekali dia pilih nak rebel istead of dengar nasihat kita..setiap orang lain..kita pandai tackle dia..dan yang ditegur pulak kena berlapang dada k..aku tau bila orang tegur, sentap tu tak banyak sikit mesti ada..ala, kita manusia normal k..memang macam tu..tp kena ingat orang tegur untuk kebaikan kita..hehe

So, kawan-kawan yang baca blog ni..hihi..jom la pakai stoking..menutup aurat tu wajib..tudung tu biar la bawah dada k..nak bergaya boleh tapi biar la bertepatan dengan syarak..jangan pakai baju ketat..lengan tiga suku ke..tak elok tu..aurat..aku pon tak baik mana..alim langsung la tak..masih cuba menjadi baik..semua orang pon jauh disudut hati dia ada keinginan nak jadi baik kan?? J

Jadi kawan-kawan semua..jom la mujahadah k..tarbiyyah diri..jom menyumbang sesuatu kepada Islam..ingat laa..Islam memang akan menang nanti..janji Allah tu pasti..so, ingatla yang kita berjuang demi Islam ke tak ke, memang Islam akan bangkit..so, kita kena la rebut pahala menyumbang sesuatu kea rah kebangkitan Islam..taknak la jadi lebihan dunia je..tahu lebihan dunia tu apa??macam potong carrot, tiba buang kulit dengan hujung dengan pangkal dia kan??ha, tu la lebihan..useless..makan nasik, kita buang tulang-tulang sume..ha, tu la lebihan..takde manfaat..dia ada ke takde ke, kita tetap boleh kenyang..and kadang-kadang lebihan dunia ni boleh membantutkan perkembangan Islam tu sendiri.. J

p/s: Insan yang berkata-kata jugak tidak sempurna..terlalu banyak compang-campingnya..masih cuba memperbaiki diri..mendekatkan diri kepada Allah..masih cuba memperbanyakkan amalan sunat..kita buat amalan sunat bukan sebab kita baik tapi sebab kita nak jadi baik.. J

pp/s: Usrah M10D malam ni..rindu nak berbulatan gembira, berkonferens riang dengan mereka-mereka semua.. J



No comments: