Monday, 12 December 2011

Ombak la sangat..piraaaaaaahhhhhhh..


Sebelum korang teruskan baca aku nak bagi amaran awal-awal dekat peminat-peminat movie Ombak Rindu. Entry ni boleh buat korang bengang, tak puas hati, emo dan sebagainya. Harap maklum!! J

Lately ni, sume orang asyik nak buat status seperti berikut:

“Ombak Rindu bestttttt. Meleleh tengok”

“Terbaik la Ombak Rindu. Aaron Aziz handsome. <3”

“Ombak Rindu bestttt. Sweeeeeet. Tapi orang sebelah aku ni over la. Menangis sampai dekat sekotak tisu habes. Kesian pokok. Tak berhemah betul.”

<p/s :aku dah paraphrase ayat-ayat diatas berdasarkan status-status kawan-kawan facebook aku>

Tu la alkisahnya untuk orang-orang yang suka dengan movie ni. Aku baca je status tu rasa cam blank je. Lantak korang la best ke tak. Ade aku kisah? Yang pastinya aku tak berminat nak tengok pon. Cakap la best gile ke, rugi tak tengok ke, aku sama sekali takkan kluarkan duit untuk beli tiket Ombak Rindu. Tidak sama sekali. Lagipun, aku ni bukan la orang yang suka tengok wayang. Best cam mana pon cite tu, aku still boleh terlelap tengok. Annoying kan? Habes nak buat camne? Dah habit aku camtu. Hohoho.

Pastu ade la jugak status-status yang aku gelak macam orang gile bila baca. Contohnya yang ni:

“Dalam cerita Ombak Rindu, watak Izzah lakonan Maya Karin tu beriya-iya mintak Aaron kawen ngan dia. Konon sebab Aaron laki pertama yang sentuh dia. Eleh! Cuba kalau watak Aaron tu bagi kat Osman Kering ke, Harun Salim Bachik ke..nak si Izzah tu merayu camtu? Jangan mimpi la. Hidup ni tak macam novel.”

Hahaha. Ni status blogger terkenal kat Malaysia ni. Sapa die? Hahaha. Korang cari la sendiri <kalau berminat nak tau. Hahaha>. Betul gak la kan bila baca. Laki handsome laju kau nak. Cuba kalau tak bape nak handsome, ade kau nak? Mesti siap kutuk-kutuk sumpah seranah lagi kan?

Yang paling aku suka ayat yang kat atas ni ialah “HIDUP NI TAK MACAM NOVEL”. Bagi korang yang suka baca novel melayu, kompem korang tau kan betapa klise nya cite melayu ni? Laki die handsome, perempuan cantik. Laki anak orang kaya. Perempuan tu biasa-biasa je. Pastu kekadang ade la kes-kes terpencil macam parents laki tak suke perempuan tu. Pastu sedih. Ade la watak second hero whoch is at the end nanti gigit hari. Haihhh. Mang camtu la kan kisah novel melayu ni. Ehh, ada exception untuk Hlovate nye novel. Tuuu mang lain gile la. Terbaek takde tandingan okay. Hihihi.

Next, ade gak status yang buat aku sentap and berfikir sejenak. Eceyyyy. Bunyi hebat kan? Hahaha. Status tersebut berbunyi begini:

“Adik-adik, tontonlah KUNGFU PANDA, ia jauh lebih membangkitkan iman. Di dalamnya tiada ‘Muslim’ tetapi ada banyak Islam. Jangan layan OMBAK RINDU, dalam filem itu ada Muslim(s) namun tiada Islamnya”

Korang sentap tak bila baca? Ke aku je yang terasa bagai nak rak? Serious sentap weh. Baca je terus cam perghhhhhh..pedihhhh! Betul la apa yang Ustaz Hasrizal ni cakap. Selamanya ni aku perasan je, cuma kali ni macam terfikir balik kan. Ombak rindu tu aku tengok trailer die pegang-pegang, peluk-peluk, berkemban pastu bertudung pulak. Hek eleh luuu bro. serious cam bengong. Kononya watak dalam tu husband and wife la kan? Haihhh.

Bila aku tersentap ni aku pon terfikir la kan. Si Aaron ni dah kawen, ade anak-anak, and ofcos la ade isteri kan. Apa perasaan wife die eh bila tengok husband die peluk orang lain. Tak rasa jeles ke? Tak geram? Tak marah? Pastu bila reporter tanya kang jawapan klise,

“Saya tak kisah. Die mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Rezeki yang halal.”

Perghhh. Ayat mantap. Tapi part yang halal tu aku musykil je. Peluk-peluk, pegang-pegang tu haram tau? Duit hasil pegang-pegang tu kompem la haram bhai. Ade paham? Haishhh. Pastu anak-anak die tak tanya ke eh? Contohnya:

“Mama, papa peluk perempuan lain.”

Hmm. Tu la alkisahnya. Kalau ade orang cakap camni kat aku:

“Eleh, kau tu tengok cite Korea lagi teruk. Bukan setakat peluk, pegang tangan, kiss pon ade.”

Jawapan aku:

“Tapi at least dorang bukan Islam kan? J

Okay. Tu je la entry kali ni. Next time jumpa lagi. Assalamualaikum. J