Saturday, 29 October 2011

mereka masih seperti dulu~~

Tadi, Zainol and Chong datang KMB. After seminggu gloomy je, I'm quite happy to see both of them. They didn't change much either. Mulut tu masih jugak ampehh, cam bese. Hahahaha. Hmm. Jumpa tak lama pon sebab Zainol amik Chong lambat. Sembang2 dalam 40 minit je kot. Tak banyak yang diperkatakan. Gelak yang lebih. Hahahaha. Oh, lupa plak. K-own ngn Alip pon join tadi. Md Nor join gak tapi kejap je.
Dorang ajak aku keluar. Gila ape? Aku pempuan kot. Pastu K-own cakap. Apsal kau pempuan. Kalau laki kan senang. Ye a. Kau pon dah macam member2 kitorang je. Okay, kejam ayat yang apsal kau pempuan tu. Tapi part yang member2 tu happy a gak sebab it shows that they're comfortable dengan aku kan? Tak kekok. It's good laa.
Oh, Chong still ingat yang die janji nak belanja aku KFC. Hahahaha. Lawak a. Aku on je kalau kau nak belanja Jim oii. Bila tu tak kisah. Hahahaha.
Tak banyak yang aku nak cakap pon. Takde idea actually nak tambah apa lagi.. =.=
Bdw, aku happy jumpa korang after dekat dua tahun kot tak jumpa. Last time masa last paper SPM kot. Seronok jumpa korang. Thanks la sudi melawat aku kat KMB ni ye Zainol and Hazim.. :)


p/s: masa kat KMK, Balqia and K-own pon ade datang melawat. Mereka sangat baik. Hahaha. Bukan melawat aku pon. Dorg bawak budak2 Taiping dekat KMK <Syamil, Affi, Baba> g outing. Alang2 tu jumpa la aku kejap. Baik kan dorang. I'm lucky to have lots of good friends.. Terima kasih Allah, Alhamdulillah.. :))

Wednesday, 26 October 2011

macam ni ke DOKTOR???

Ihsan pergi kerana masanya telah tiba. Namun ade kisah tragis disebalik pemergiannya. Kisah yang patut diambil pengajaran oleh bakal2 doktor di luar sana. Kerjaya sebagai doktor bukan setakat glamour, gaji yang tinggi dan sebagainya. Tanggungjawab yang besar kerana nyawa pesakit boleh terancam disebabkan kelalaian anda. Semoga mengambil iktibar dari kisah dibawah. <copy paste this from mu friend's wall>

"Salam, to my beloved friends, today a friend of mine in kmb just passed away, maybe Allah loves him more than we can love him, but tha...t is not the issue here. What happen to him is inevitable but there is possibility it could be detected earlier, but the doctors who treated him never really treat him seriously. He was suffering, constant headache, pain, he couldn't even sleep for nights, could eat, my room was just 3 rooms away from his and across him room is the only way to the shower. Imagine the pain, i still remember what one doctor said to him, " saye taw awak nak mc, xpayah r nak berlakon saket",
i was shocked to here that.

Can't u even c his face, he could even barely walk, someone has to hold his hand. Another doctor even said," dalam sebulan, dtg bwat appointment, br bole further", is that even humane? i know that maybe there are cases where students play truant n act sick n all, but when it comes to your profession as a doctor, there are responsibility not only that of a doctor to a patient, to Allah and as well as to yourself, i believe a doctor or what so ever person u'll be should carry out ur responsibility to a full extent. The doctors didn't even examine. They should have been more thorough. I am furious with this fact that doctors are slacking from their responsibility. What is the mindset of a doctor? is it wage or is it to help?

tolong la rakan2 batch yg bakal jd doctor, doctor bukanlah glamour semata-mata, u have a large responsibility, tanggungjawab yg merangkumi bukan je family kau but all the ones who are in need, setiap kali ade patient, check betul2, make sure, u think ur intuition is always right? intuition is a part of emotion that is always influenced by our past experience and feelings, its sometimes unreliable at cases like this, so please, when u become a doctor, make sure u do your job, same goes to other occupation that u'll have one day."

for those yg bakal jadi doktor atau telah pun menjadi doktor.......harap......ambil iktibar dgn apa yang telah terjadi dgn rakan saya......Ihsan shaharani.......tlg larr jujur dan ambil berat dgn tanggungjwb anda nnti....pastikan setiap aduan patient anda nnti anda selidik btul2.....walaupun case itu nampak mudah......jgnlah ambil terlalu mudah........TELITI itu merupakan satu sifat yg MESTI ada dlm jiwa seorang doktor.....sama juga dgn sesiapa yg amik bidang lain......ambil berat dgn setiap tanggungjawab yg diamanahkan kpd anda semua..... xkira anda engineer ke accountant ke peguam ke politician ke arkitek ke actuarist ke or what so ever larr.....tlg larr jd seorg yg jujur dan ambil berat dgn tanggungjawab yg bakal kita pikul......bukan hanya sbb nak hidup senang jerr kita memilih sesuatu kerjaya itu..... tanggungjawab kerjaya tersebut perlulah dilaksanakan dengan ikhlas, amanah, dan teliti..... Harap2 kita semua ambil iktibar dgn pemergian Ihsan.......sesungguhnya.....org yg mati ketika menuntut ilmu itu......matinya ialah mati syahid.....sy minta tolong agar anda semua sedeqah kan lah al-fatihah pada beliau.......wallahualam......


Tuesday, 25 October 2011

Zulihsan Shaharani dalam kenangan (7 August 1992 - 24 October 2011)

Air mata aku meleleh laju bila mendapat berita pemergian arwah Ihsan. Rasa macam mimpi. Tapi sebagai makhluk Allah kita tau yang mati itu PASTI. Takde siapa yang dapat member jaminan yang die akan hidup lagi esok. Takde siapa. Kita hanya mampu merancang, namun Allah yang menentapkan segalanya.
Ihsan, sahabat yang aku kenal masa dekat Taiping dulu. Kami sekelas, seHomeroom. Dan sebagai pelajar sekolah berasrama, most of the time aku bersama classmates. Selama dua tahun menjadi classmate Ihsan, banyak good qualities yang ada pada die. Die terlalu rajin. Rajin yang teramat sangat. Kalau orang lain belajar hanya untuk exam, die tak. Die study walaupun exam lambat lagi. Sebagai anak sulung aku tau die nak jadi contoh yang baik untuk satu-satunya adik die.
Sedih dan terkilan tu mesti la ada kan. Segalanya tinggal kenangan sekarang. Hanya gambar dan video yang menjadi memori untuk kami semua. Video Memoirs of Maresmart Kelas 511 2008/2009 tu satu-satunya video Ihsan yang aku ade. Yang lain hanya gambar. Dulu ingat lagi. Masa dekat Taiping kami gelak gila2 tengok video tu. Then, ade salah sorang yang cakap, nanti dah tua mesti sedih and menangis tengok video ni. Tapi bagi aku, hanya selepas 2 tahun berlalu, air mata aku tumpah jugak bila tengok balik video tu. Kononnya nak buat reunion lepas 20 tahun. Baru dua tahun ahli kelas 511 dah kurang seorang.
Ihsan,
·         Lepas ni takde sape dah nak sengih dengan aku kat KMB ni
·         Takde sape dah nak cakap Perak dengan aku kat KMB ni
·         Takde sape nak kacau2 dah
·         Sape sangka disebalik sengih2 tu, kau sebenarnya sakit di tahap kritikal yang kau sendiri tak tau
·         Kau orang paling rajin yang aku pernah jumpa seumur hidup aku
·         insyaAllah, aku and K-own selaku ahli kelas 511 akan meneruskan IB ni bagi pihak kau
·         insyaAllah, pemergian kau ni menjadi wake up call untuk kami yang berada di KMB ni untuk sedar yang hidup tu hanya insyaAllah sedangkan mati itu PASTI! Bila-bila masa je Allah boleh tarik nyawa kita. Tak kira muda atau tua. Pemergian kau ni menjadi pengajaran kepada kami dan insyaAllah, semoga Allah mengambilkira ini sebagai amal kau di dunia ini.
·         susah sebenarnya untuk aku terima yang kau dah takde, tapi insyaAllah aku akan berusaha untuk terima hakikat tu. Masa kau dah sampai, takde sapa boleh halang. Aku hanya mampu mendoakan kesejahteraan kau di alam barzakh sana. insyaAllah selagi termampu aku kan selalu kirimkan doa, al-Fatihah dan Yasin untuk kau.
·         Semoga rohmu dicucuri rahmat wahai sahabat. Pemergianmu dirasai. Innalillahiwainnalillahirajiun. May you rest in peace.
Ya Allah, kurniakanlah rahmatmu untuk arwah Muhammad Zulihsan bin Shaharani. Ampunilah segala dosanya. Moga dia ditempatkan dalam golongan yang beriman. Al-Fatihah.
the one with the broad smile..you'll be deeply missed Ihsan! :(

Friday, 21 October 2011

takdir kita tak sama!

Lately ni banyak gak benda yang jadi. And banyak gak actually aku nak story kat blog ni. Tapi nampak gayanya tak kesampaian lagi. Hahaha.
Kali ni nak story sket la pasal hidup aku. Basically, tema die: HIDUP AKU DAN HIDUP MEREKA BERBEZA! Amboii, bunyi tema cam ganas je. Macam nak marah. Ehh, jangan salah paham plak. Takde la. Aku tak marah pon, tak emo pon. Just guna ekslamasi je. Hihihi.
Hmm. Maybe ade di antara korang yang tak tau latar belakang family aku. Ayah aku bekas askar yang berkhidmat kurang dari 25 tahun which means takde pencen bulan-bulan tu. So, abah sekarang penoreh getah. Maknanya, menoreh ialah punca mata pencarian kami sekeluarga.
Disebabkan aku datang dari family yang sederhana je, takde la tahap miskin tapi disebabkan pendapatan Abah yang tek menentu, hidup family kitorang kekadang terumbang-ambing gak. Tapi, apa-apa pon aku still bersyukur dengan apa yang aku ada. Hidup dalam keadaan macam ni yang jadi booster semangat aku. Ajar aku untuk lebih menghargai setiap benda yang aku ada dalam hidup ni.
Korang pon tau kan yang menoreh getah ni pendapatan tak tetap. Orang yang tak tau pape suka suki je nak jump into conclusion sendiri. “Eh, getah sekarang kan mahal. Mestilah banyak duit.” Banyak duit kepala lutut hang. Kalau Abah owner ladang or kebun getah tu no hal la. Ini tak. Sewa, tak pon pajak. Hasil getah tu pon kena bagi kat tuan punya kebun tu ikut proportion tertentu. Kalau musim tengkujuh, atau musim hujan usah cite laa. Tak dapat g menoreh dan masa ni hidup agak teruk sket la kan.
Keadaan hidup yang macam ni membuatkan aku kurang senang dengan orang yang tak reti bersyukur dengan apa yang dia ada or yang dia dapat. Paling ketara bab makanan. Yaa, aku tau la bukan semua makanan tu kesukaan kita kan? Kat KMB ni makanan sume free. Dari breakfast sampai la ke supper, free of charge. Disebabkan free kau kena makan je la makanan yang die bagi. But still, not bad what. Sedap kot. And aku tau some of the menu tak suit korang nye taste. Tapi tolonggg la jangan merungut. Tak suka macam mana pon korang jangan la merungut. Bila makan daging, buat muka. Bila makan ikan, buat muka. Kalau ayam muka berseri-seri. Ade je lauk yang aku kureng sket tapi sumpah aku tak penah la cakap or buat muka. Sebabnya nak compare dengan apa yang DS bagi dengan hidup aku jauh lebih baik laa weh. Mungkin korang hidup senang, jarang makan makanan-makanan murahan kann? Korang tak penah lagi makan nasi goreng dengan ikan bilis je as your lunch kan? Bukan nasi goreng hebat-hebat macam nasi goreng tomyam or cina or USA or whatnot tapi nasi goreng yang hanya berencahkan bawang. Tak pernah kan? Sebab tu korang tak penah rasa bersyukur dengan daging or ikan dalam menu tu. Aku tak paksa korang untuk cakap itu makanan favourite korang. Tak! Aku just nak korang jangan buat muka and merungut-rungut. Better tak makan dari merungut-rungut camtu.
Bukannya aku nak kata family aku ni miskin, papa kedana or what. Tapi as I said earlier, pendapatan Abah tak menentu, bila dapat banyak nanti Abah beli makanan best-best la kan. Bila tak dapat nak menoreh, duit pon takde masa ni la makan apa yang ade je. Semua yang aku lalui ni yang buat aku kuat and at the same time jadi kedekut or berkira sikit bab-bab duit ni. Sebab aku tau betapa susahnya Abah cari duit untuk family, bank in kan duit untuk aku then aku takkan la tergamak nak enjoy sakan dengan duit tu kan.
Bercakap pasal duit pulak. Hmm. Banyak cite gak pasal duit. And bagi aku, aku still mampu bertahan dengan hanya ade RM2 dalam tangan as long as aku tak kena bayar pape. Ye la, makan pon free kan kat sini. Hehehe. Kawan-kawan aku yang kat sini mana ade yang hidup die macam aku. So, sume jenis yang agak senang la kan. POKAI bagi dorang bila dalam purse or wallet tinggal RM10 or RM20 tapi pokai bagi aku bila aku hanya ada duit kupang-kupang or kosong sen terus. Nampak sangat kan perbezaan aku dengan dorang. Tu la hidup. Allah uji aku dari segi harta benda tapi kawan-kawan aku yang lain Allah uji dari segi famiy, contohnya parents divorced dan sebagainya. Allah kan Maha Adil. Tak payah risau. Rezeki Allah tetap ada di mana-mana. Dan bagi aku, ujian yang Allah bagi dekat aku yang jadikan aku kuat dan terus berusaha dan bertawakal pada Dia. Aku harap one day aku boleh bagi kesenangan kat Abah dengan Mak. Aku nak tengok dorang relaks je. Abah dah 54 taon ni. Tak sepatutnya die bekerja teruk lagi kan? Tapi sayangnya die kena bekerja lagi. Takpe Abah, orang janji nanti dah koje orang takkan biokan Abah menoreh lagi. insyaAllah. Semoga Allah permudahkan jalan aku mencapai kejayaan. Aminnnn.

Thursday, 13 October 2011

masa merubah segalanya~future

Korang mesti familiar kan dekat ayat “MASA MERUBAH SEGALANYA”. Ke tak? Kalau aku selalu la dengar and betul la apa yang ayat ni cuba sampaikan. Masa berlalu dan manusia pon mula berubah. Ke arah yang positif ke negative, terpulang pada diri masing-masing. Ntah la. Bila aku try reflect diri aku dan orang sekeliling aku, yes, absolutely true! Manusia ni dalam sekelip mata je boleh berubah. Kalau yang berubah kearah kebaikan tu, aku bersyukur sangat-sangat la kan. And hope aku pon boleh ikut jejak langkah dorang. Contoh macam Nana classmate aku merangkap schoolmate kat Taiping dulu. Perubahan die sangat ketara dan aku jeles tu kompem la kan. Selalu je wonder bila la aku mampu jadi macam die. Dan aku sekarang tengah cuba slow-slow berubah. insyaAllah. J
Bila cakap perubahan kearah yang negative ni yang kurang berkenan sikit. Ye la. Cuba korang bayangkan. Kawan korang yang dulu baik gile. Naqibah sume. Anti-couple, alih-alih dah berubah. Siap in a relationship bagai kat facebook. Tak ke sakit jiwa, sakit ati, sakit mata. Suma la sakit bila tengok benda cmtu. Kalau sejak azali die cmtu aku boleh terima lagi la. Ni tak. Dulu die baik gile kot. Alih-alih macam tu. Mau tak sedih aku. Si pakwe die ni plak add aku kat facebook. Aku approve je la kan dengan harapan boleh la stalk aktiviti dorang dua ni ha. Haihh. Geli pon ade. Duk post kat wall die ni pakwe saya. Amenda tu??? Pehal kau berubah teruk sangat cik kak oiii. Sampai cmtu sekali. Sedihh wehh. Ntah la. Aku pon tak boleh cakap or comment banyak sangat pasal benda ni. Takut nanti makan diri kan. Kang tetiba jadi kat aku, ha, dah kena jilat ludah sendiri. Ewwww <ala Anwar Hadi..hahaha>
Kalau orang tanya aku pasal couple-couple ni. Ntah la. Sebagai seorang manusia yang normal <ye, saya normal ye..haha>  mesti la aku penah TERminat kat someone kan. Kalau tak aku bukan manusia. Robot namanya. Hahaha. Tapi, seboleh-bolehnya aku taknak la couple2 ni suma. Buang masa, buang karan je. Aku nak cari Mr Right aku then kenal-kenal die, and insyaAllah terus ke fasa yang seterusnya. Aku tak berminat nak guna gelaran sayang-abang-baby sume tu sebelum kawen. Amenda la kau. Belum kawen toksah gatal sangat nak panggil gelaran2 tu suma la wehh. Korang kompem ke tu jodoh korang?? Tak kan??


Sunday, 2 October 2011

disebalik Contengan Jalanan

bila fikir balik, aku terlupa nak gtau nape aku pilih CONTENGAN JALANAN sebagai nama blog ni kann?? Mungkin ade yang tertanya-tanya, apsal contengan jalanan?? Okay, arini nak reveal la apsal aku pilih nama ni. Actually, contengan jalanan ni tajuk novel Hlovate yang the latest one la. Novel ni bukan pasal cinta ye, harap maklum. Pasal mujahadah. Bermujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Aku mengaku la yang aku menangis baca novel ni. Tambah-tambah part Chad meninggal sebab accident tu. Sebab novel ni banyak sentuh part2 yang kita amik ringan. Slogan die "The man who decided to change at twelfth dies at eleventh." Dalam novel ni gak Fend cakap kat Chad, "kalau kau masuk syurga dulu, tarik aku tau." Tersentuh gile kot. seriously. Tema novel ni mudah je. Bukan senang nak tinggalkan benda yang kita suka, tapi tak mustahil. Tak guna keep holding on dekat benda yang tak bawak kebaikan untuk kita. Frankly speaking, right after baca novel ni aku terus delete sume movie and lagu omputih, melayu yang ade lam lappy aku. Yang tinggal sekarang lagu korea and movie korea yang sangat susah untuk aku resist. Tapi, up till now aku masih mencuba. Hope one day aku berjaya. Baca novel ni buat aku teringin nak rasa hidup di tempat orang dan insyaAllah impian tu akan tercapai tahun depan. Dalam novel ni Azlan penah cakap, puasa tu lebih bermakna bila kita di tempat orang. Sebab nya kat sana takde gangguan bazar ramadhan, takde gangguan lagu raya, takde gangguan sale sempena raya. Kita boleh lebih fokus. Menghargai Ramadhan yang datang setahun sekali je. And kagum gile dengan kesungguhan dorang ni berlumba-lumba khatam Al-Quran. Watak Fend yang dulu nya solat bila sempat, ikut sukati die je nak solat or tak sekarang dah jaoh berubah after die pegi backpacking  dengan Chad kat Australia. So, conclusion die novel ni banyak betul pengajaran. Bukan setakat novel biasa yang cakap pasal cinta. Novel ni lebih dari tu. Dan sebab tu jugak aku pilih nama blog aku sebagai contengan jalanan. So, buat kawan-kawan sume aku promote gila a buku ni. Sumpah best. By the way, novel-novel Hlovate sume nye best. Dari first novel die Aa+Bb sampai la Contengan Jalanan, sume best. Dan aku nampak la macam mana die semakin kurangkan part cinta dalam novel die dan mula ke arah novel yang secara halus bagi dakwah especially dekat anak-anak muda dan remaja sebab cara die tulis mang sempoi gile. Ayat best gile. Untuk yang rasa tak mampu lagi nak baca novel yang agak berat mungkin, baca la Tunas dulu. Gila best a. Serious. Only after you got addicted to Hlovate's novel, then you can start read Contengan Jalanan. :) Kat bawah ni aku letak front cover novel2 tu ye. hehe. Lupa nak cakap, Contengan Jalanan ni ade dua perspektif, satu tu Fend and satu lagi K2. That's why ade dua front page. 




Saturday, 1 October 2011

kami dan cikgu! versi STMAA

Hari ni aku nak cite serba sedikit pasal Geng Bising Belakang Kelas 2005 – 2007. Mula-mula ingat nak describe one by one tapi bila pkir balik ramai gile. Kang ade plak yang aku tak sebut dah terasa hati sampai ke sudah. Tak nak la cmtu kan. So, to be fair and square, aku cite la sedikit sebanyak pasal dorang.
Hmm, kalau nak diikutkan geng aku kebanyakannya penghuni asrama. So, aku dan beberapa orang geng aku yg berulang naik bas ni kira outsiders la. Tapi, kes2 kat asrama sume kitorang tau. Hahaha. Minah and Nisah ni plak taiko asrama. Muka wanted, tak kira la dengan warden or AJK asrama. Gara-gara taknak turun prep and riadah. Sanggup tu menyorok bawah katil bersusah payah. Lawak gila la dorang ni. Lagi satu, dua-dua ni homesickers terhebat. Duduk hostel yang sekangkang kera je dari rumah tapi dorang boleh menangis tiap-tiap hari. Aku pon musykil gak apa sebab nya. Hahaha. Ntah la. Kena tanya dorang sendiri kenapa. Hahaha.
Bila pikir balik sumpah lawak woo. Zaman hingusan dekat STMAA. Masuk form 1 muka Selenga je sekor-sekor. Innocent la kononnya. Pakai kasut BATA siap lagi. Rambut tu takde pacak-pacak. Tudung pon senget benget lagi. Sekarang pon. =.= hahaha. Masuk kelas senyap je. Pastu 101 dengan 102 tak boleh nak ngam. Ade je yang tak kena. Aku pon pelik kenapa. Sampai la kelas tu digabungkan. Ha, baru okay.
Tiap kali PJ salin baju dalam kelas. Naik bas pakai baju sekolah. Dalam baju sekolah pkai baju PJ siap2. Mak aihh. Selekeh gila kan? Hahaha. Pakai la baju PJ STMAA yang kaler hijau kuning tu. Seluar pon sama. Kasut BATA. Kah kah kah. Kalau tak BATA, B-First. Dan yang seumpama dengannya la. Senang cite kasut skema. Hahaha.
Time rehat kalau tak g kantin g koop. Kat koop beli roti gardenia yang macam-macam flavour ade coklat, vanilla, jagung tu. Masa tu harga die RM0.50. Sekarang dah naik jadi RM0.70 kot. Tak pon roti ikan bilis, masa tu harga die RM0.70 sekarang dah jadi RM0.90. Twiggies ade, muffin pon. Ha, macam-macam la. Tak pon beli kacang pelbagai jenis. Kacang kari, kacang yang kaler kuning tu, kopok roda, kacang kaler hijau. Macam-macam jenis la. Ha, satu lagi tu kepek ubi yang die potong ala fries tapi keras nak mampus tak macam fries laa. Hahaha. Pedas-pedas sket and banyak serbuk perasa. Hahaha. Ade coklat gak, air kotak, ais krim. Tetiba teringat. Dulu, kitorang selalu makan ais krim ari jumaat. Paling mewah makan Trophy harga RM2.00. Masyuk je bila makan. Sumpah sedap. Yang coklat la. Yang vanilla kureng sket. Hahahaha.
Kalau tak g koop, pegi kantin. Ha, masa ni macam-macam makanan ada. Harga die aku tak sure la. Tak ingat dah.RM0.70 eh?? Lebih kurang camtu a. Kalau nk mewah sket tambah la telur goring ke, hot dog ke. Best.
Ade kelas KHB. Okay, bab masak aku suka gile. Part jahit ke, tukang ke, elektronik sume hancur! Serious. Tak minat kot. Serabut aku. Kelas math, dorang panggil cikgu sedut. Sumpah jahat. Sebab ape sedut? Biarla rahsia. Hahaha. Masa form 2 math cikgu Hajah Fathimah yang ajar. Die ni selalu mengeluarkan kata-kata yang lembut tapi makan dalam. Ironi mungkin. Hahaha. Contoh yang paling aku ingat masa die cakap kat AG, “kawan kat depan, awak tak payah cakap kuat-kuat..” Tone die serious slow je tapi ayat die perghhh, pedih. Hahaha. Masa form 3 cikgu Athirah. Best masa ni. Math masa ni senang gile. Kacang la orang cakap. Sekarang ni?? =.=”
English? Tecer Norizan ajar ms form 1 and form 2. Tecer ni pelik sket. Die bagi kitorang essay which is the jawapan of the essay that’s going to come out during exam. Then, hafal. Exam tulis balik apa yang kau hafal. Cam takde guna je kan? Tak berkesan pon sebenarnya. Hahaha. Die akan randomly suruh kitorang hafal sajak bagai. Life briefs candle, dead crow sume tu dulu kena hafal. Tujuan die? Ntah la.cam takde tujuan je. Hahah. Form 3 diambil alih oleh Tecer Rahina. Tecer ni strict gile. Dulu, English nye marks bukan calang-calang. 90 and above. Ye la, dah hafal mark scheme essay. Hahaha. Masuk form 3, B manjang. Trial PMR je aku berjaya dapat A, tu pon atas pagar. 80 cukup2.
Bahasa melayu? Form 1 cikgu Arbaiyah. Masa ni tak best sangat kelas BM. Masa form 2 cikgu najib yang sempoi. Cikgu paling suka loyar buruk tahap cipan. Soalan die,”berita apa paling panas arini?” kitorang jawab a isu semasa nye berita. Die jawab “ tak..paling pans berita kebakaran”.. okay annoying gile kot rasa. Hahaha. Macam-macam la yang die loyar buruk sampai rasa nak hempuk kepala kat dinding dengar loyar buruk die. Hahaha. Masa form 3, cikgu Kamel. Cikgu paling best penah aku jumpa. Kelakar gile weh. Suka buat statement kontroversi. Die panggil nisah Cik Gel sbb nisah dpat buku latihan yang takde kulit depan. Tak pasal je kan? Hahahaha. Firdaus jadi Sarat. Sebab apa? Sebabnya firdaus buat karangan satu ayat guna tiga ke empat perkataan sarat. Perenpuan yanga sarat mengandung itu sarat dengan barangan membeli belah dan cuba menaiki bas yang sarat dengan penumpang. Lawak gile. Hahaha. Die cakap AG, Nisah, Ada and Dhiya Pontianak mengilai disiang ari. Hahahahha.
Okay.aku menguap gile dah ni. Cikgu2 lain aku story dalam next entry eh. Serious mengantuk..haha..