Friday, 21 October 2011

takdir kita tak sama!

Lately ni banyak gak benda yang jadi. And banyak gak actually aku nak story kat blog ni. Tapi nampak gayanya tak kesampaian lagi. Hahaha.
Kali ni nak story sket la pasal hidup aku. Basically, tema die: HIDUP AKU DAN HIDUP MEREKA BERBEZA! Amboii, bunyi tema cam ganas je. Macam nak marah. Ehh, jangan salah paham plak. Takde la. Aku tak marah pon, tak emo pon. Just guna ekslamasi je. Hihihi.
Hmm. Maybe ade di antara korang yang tak tau latar belakang family aku. Ayah aku bekas askar yang berkhidmat kurang dari 25 tahun which means takde pencen bulan-bulan tu. So, abah sekarang penoreh getah. Maknanya, menoreh ialah punca mata pencarian kami sekeluarga.
Disebabkan aku datang dari family yang sederhana je, takde la tahap miskin tapi disebabkan pendapatan Abah yang tek menentu, hidup family kitorang kekadang terumbang-ambing gak. Tapi, apa-apa pon aku still bersyukur dengan apa yang aku ada. Hidup dalam keadaan macam ni yang jadi booster semangat aku. Ajar aku untuk lebih menghargai setiap benda yang aku ada dalam hidup ni.
Korang pon tau kan yang menoreh getah ni pendapatan tak tetap. Orang yang tak tau pape suka suki je nak jump into conclusion sendiri. “Eh, getah sekarang kan mahal. Mestilah banyak duit.” Banyak duit kepala lutut hang. Kalau Abah owner ladang or kebun getah tu no hal la. Ini tak. Sewa, tak pon pajak. Hasil getah tu pon kena bagi kat tuan punya kebun tu ikut proportion tertentu. Kalau musim tengkujuh, atau musim hujan usah cite laa. Tak dapat g menoreh dan masa ni hidup agak teruk sket la kan.
Keadaan hidup yang macam ni membuatkan aku kurang senang dengan orang yang tak reti bersyukur dengan apa yang dia ada or yang dia dapat. Paling ketara bab makanan. Yaa, aku tau la bukan semua makanan tu kesukaan kita kan? Kat KMB ni makanan sume free. Dari breakfast sampai la ke supper, free of charge. Disebabkan free kau kena makan je la makanan yang die bagi. But still, not bad what. Sedap kot. And aku tau some of the menu tak suit korang nye taste. Tapi tolonggg la jangan merungut. Tak suka macam mana pon korang jangan la merungut. Bila makan daging, buat muka. Bila makan ikan, buat muka. Kalau ayam muka berseri-seri. Ade je lauk yang aku kureng sket tapi sumpah aku tak penah la cakap or buat muka. Sebabnya nak compare dengan apa yang DS bagi dengan hidup aku jauh lebih baik laa weh. Mungkin korang hidup senang, jarang makan makanan-makanan murahan kann? Korang tak penah lagi makan nasi goreng dengan ikan bilis je as your lunch kan? Bukan nasi goreng hebat-hebat macam nasi goreng tomyam or cina or USA or whatnot tapi nasi goreng yang hanya berencahkan bawang. Tak pernah kan? Sebab tu korang tak penah rasa bersyukur dengan daging or ikan dalam menu tu. Aku tak paksa korang untuk cakap itu makanan favourite korang. Tak! Aku just nak korang jangan buat muka and merungut-rungut. Better tak makan dari merungut-rungut camtu.
Bukannya aku nak kata family aku ni miskin, papa kedana or what. Tapi as I said earlier, pendapatan Abah tak menentu, bila dapat banyak nanti Abah beli makanan best-best la kan. Bila tak dapat nak menoreh, duit pon takde masa ni la makan apa yang ade je. Semua yang aku lalui ni yang buat aku kuat and at the same time jadi kedekut or berkira sikit bab-bab duit ni. Sebab aku tau betapa susahnya Abah cari duit untuk family, bank in kan duit untuk aku then aku takkan la tergamak nak enjoy sakan dengan duit tu kan.
Bercakap pasal duit pulak. Hmm. Banyak cite gak pasal duit. And bagi aku, aku still mampu bertahan dengan hanya ade RM2 dalam tangan as long as aku tak kena bayar pape. Ye la, makan pon free kan kat sini. Hehehe. Kawan-kawan aku yang kat sini mana ade yang hidup die macam aku. So, sume jenis yang agak senang la kan. POKAI bagi dorang bila dalam purse or wallet tinggal RM10 or RM20 tapi pokai bagi aku bila aku hanya ada duit kupang-kupang or kosong sen terus. Nampak sangat kan perbezaan aku dengan dorang. Tu la hidup. Allah uji aku dari segi harta benda tapi kawan-kawan aku yang lain Allah uji dari segi famiy, contohnya parents divorced dan sebagainya. Allah kan Maha Adil. Tak payah risau. Rezeki Allah tetap ada di mana-mana. Dan bagi aku, ujian yang Allah bagi dekat aku yang jadikan aku kuat dan terus berusaha dan bertawakal pada Dia. Aku harap one day aku boleh bagi kesenangan kat Abah dengan Mak. Aku nak tengok dorang relaks je. Abah dah 54 taon ni. Tak sepatutnya die bekerja teruk lagi kan? Tapi sayangnya die kena bekerja lagi. Takpe Abah, orang janji nanti dah koje orang takkan biokan Abah menoreh lagi. insyaAllah. Semoga Allah permudahkan jalan aku mencapai kejayaan. Aminnnn.

No comments: