Thursday, 13 October 2011

masa merubah segalanya~future

Korang mesti familiar kan dekat ayat “MASA MERUBAH SEGALANYA”. Ke tak? Kalau aku selalu la dengar and betul la apa yang ayat ni cuba sampaikan. Masa berlalu dan manusia pon mula berubah. Ke arah yang positif ke negative, terpulang pada diri masing-masing. Ntah la. Bila aku try reflect diri aku dan orang sekeliling aku, yes, absolutely true! Manusia ni dalam sekelip mata je boleh berubah. Kalau yang berubah kearah kebaikan tu, aku bersyukur sangat-sangat la kan. And hope aku pon boleh ikut jejak langkah dorang. Contoh macam Nana classmate aku merangkap schoolmate kat Taiping dulu. Perubahan die sangat ketara dan aku jeles tu kompem la kan. Selalu je wonder bila la aku mampu jadi macam die. Dan aku sekarang tengah cuba slow-slow berubah. insyaAllah. J
Bila cakap perubahan kearah yang negative ni yang kurang berkenan sikit. Ye la. Cuba korang bayangkan. Kawan korang yang dulu baik gile. Naqibah sume. Anti-couple, alih-alih dah berubah. Siap in a relationship bagai kat facebook. Tak ke sakit jiwa, sakit ati, sakit mata. Suma la sakit bila tengok benda cmtu. Kalau sejak azali die cmtu aku boleh terima lagi la. Ni tak. Dulu die baik gile kot. Alih-alih macam tu. Mau tak sedih aku. Si pakwe die ni plak add aku kat facebook. Aku approve je la kan dengan harapan boleh la stalk aktiviti dorang dua ni ha. Haihh. Geli pon ade. Duk post kat wall die ni pakwe saya. Amenda tu??? Pehal kau berubah teruk sangat cik kak oiii. Sampai cmtu sekali. Sedihh wehh. Ntah la. Aku pon tak boleh cakap or comment banyak sangat pasal benda ni. Takut nanti makan diri kan. Kang tetiba jadi kat aku, ha, dah kena jilat ludah sendiri. Ewwww <ala Anwar Hadi..hahaha>
Kalau orang tanya aku pasal couple-couple ni. Ntah la. Sebagai seorang manusia yang normal <ye, saya normal ye..haha>  mesti la aku penah TERminat kat someone kan. Kalau tak aku bukan manusia. Robot namanya. Hahaha. Tapi, seboleh-bolehnya aku taknak la couple2 ni suma. Buang masa, buang karan je. Aku nak cari Mr Right aku then kenal-kenal die, and insyaAllah terus ke fasa yang seterusnya. Aku tak berminat nak guna gelaran sayang-abang-baby sume tu sebelum kawen. Amenda la kau. Belum kawen toksah gatal sangat nak panggil gelaran2 tu suma la wehh. Korang kompem ke tu jodoh korang?? Tak kan??


No comments: